Ye... rindu nak mendaki... mendaki.. mendaki...mendaki ape????
- GUNUNG -
Tetiba teringat lak ada lagu gunung kinabalu....
Sayang Kinabalu – Kimin Mudin
Tinggi tinggi Gunung Kinabalu
Tinggi lagi sayang sama kamu
biru biru hujung kinabalu tengok dari jauh
hati saya rindu…
Kinabalu dekat di kundasang
banyak sayur bulih pilih pilih
apa guna pergi luar negeri naik kinabalu
hati saya rindu….
sumandak sumandak pun ramai menunggu
menari-nari lenggang sumayau
sekali melihat melepak kulitnya
saya jatuh cinta….
saya sayang sayang kinabalu
kaamatan pesta bulan lima
sayang sayang kita pergi tamu jalan tamparuli

gReEnbUtTon
Friday, July 12, 2013
:: bukan monolog.. testing saje.. ::
Thursday, July 11, 2013
::monolog lunch break::
Bulan puasa ada lunch break setengah jam...selalunye x ada pun.. dapat big boss baru ada benda yang nak dibarukan..hemm ikut sukalah...aku pekerja, so kenalah ikut ajer, asal tak melampaui had laju 250km/j... hahaha...
Tengah2 dok rehat teringat pulak laman ijo dalam blog ku ini... tak bersambung cerita "kembara tanah jawa".. malas betol nak meng'update blog... uhhhh.. kena buang rase itu ye..sesungguhnya memang kena buang...
Sebut pasal puasa... ohh... puasa tahun ni memang tak serupa ngan tahun2 sudah.. tak ada keghairahan cerita pasal makanan, masakkan or yang sewaktu dgn bunyi makanan... cuma bertekad nak jadikan permulaan puasa yang terbaikk berbanding tahun2 sebelumnya... paling utama dari segi rohaniah.. Insyaallah atas izin Allah segalanya..
Tapi ada rasa ketidaksabaran nak balik kampung menjenguk mak yang terchenta... makin membuak2 tiap hari.. ohh... rindu gilerr... Insyaallah.. akan sampai ke tanah tumpah darah ujung minggu ini...Aku tak sabar juga nak ziarah kubur arwah abah.. rindu yang tak pernah2 hilang... (asal teringat abah jer.. mesti menitik air mata...ish.. ). Semoga abah damai di 'sana'.
Semoga aku dan kita2 semua dapat memanfaatkan kedatangan Ramadhan kali ini...
Monday, February 4, 2013
Kembara Tanah Jawa.. (Tapi bukan menjejak leluhur)
Waaah... berbulan bulan bulan bulan dah tak update ini blog..... tulah org sibuk nak berblog die sibok gak..pehtu tinggal gitu je..hampir2 dilupakan... uishhh jangan... tak baik tau...
Tetiba muncul, pehtu nak cerita pulok trip jalan-jalan. Hemmmm banyak dah trip jalan-jalan makan hangin sesambil manjat memanjat gunung ganang tapi hampehhh satu pun xpernah diceritakan... memang hampas kelapa...
oke... cerita bermula....
Alhamdulillah... dengan izinNya trip ke Tanah jawa, dari Jawa tengah ke Jawa Timur, dari 5 Jan sampai 9 Jan, berjalan dengan suksesnya..Trip jajahan kami kali ni dari Jogja sampailah ke Surabaya. Tujuan utama nak tengok sunrise kat Gunung Bromo, jejakkan kaki ke kawah Ijen dan tengok secara dekat Candi Borobudur (antara wonders of the world). Walopun tok nenek memang asalnye dari Jawa, tapi tak ler pulak ku menjejak leluhur ke situ...macam kacang melupakan kulitnye itu...hehehe
Sebagai pengerusi majelis group kami (eceh... lantik sendiri gamaknye).. mengucapkan terima kasehlah yang tak terhingga kepada mis organizer group kami yang telah mengatur trip dengan jayanya, saya berpuas hati dengan tugas yang telah dijalankan... terima kaseh jugak kepada teman-teman gunung atau yang bukan... kerana sangat behave di tempat orang...korang the best!!. semoga ada lagi trip best2 kita bersama2 lagi sebelum nanti ada haluan masing2...
Log trip ni untuk rujukan trip yang akan datang... kalau ada lagilah...
Day 01 (5
Jan 2013, Saturday)
Yogyakarta Arrival - Prambanan temple – Kota Gede - Malioboro
Pengankutan: Van
Yogyakarta Arrival - Prambanan temple – Kota Gede - Malioboro
Pengankutan: Van
2pm: Landing di Adi Sucipto Airport, Jogja.
Bertolak ke Prambanan Temple (30min
perjalanan)
5pm: Lawatan ke Kota Gede (jenguk2 pusat
pembuatan barangan silver
7pm: Jalan-jalan sambil membeli belah di
Malioboro. Malioboro bolehlah kot disamakan dengan
Pasar Seni, Jln TAR, Masjid India atau Petaling Street.
9pm: Tidur di Hotel Oasis.
Day 02 (6
Jan 2013, Sunday)
Borobudur – Sultan Palace – Taman Sari - Surabaya Hotel
Borobudur – Sultan Palace – Taman Sari - Surabaya Hotel
6am: Bertolak ke Candi Borobudur (Perjalanan 1
jam).
Dah puas berpusing dan berfoto, kami singgah sekejap di deretan kedai yang menjual
cenderahati.
Kemudian terus ke Taman Sari, iaitu bekas taman atau kebun milik Sultan Yogja..
Ada kolan mandi, tempat semanyam sultan dan macam2lah.. Jalan2 pusing2 situ pehtu
teruskan perjalanan ke lokasi lain... Plan asal nak ke Kaliureng & Kaliadem untuk
tengok pemandangan Gunung Merapi dari jarak yg xberapa jauh... tapi terpaksa kansel
sebab tak sempat. Kami nak truskan perjalanan ke Surabaya sejauh 300km++ selama
9 jam perjalanan
4pm: Perjalanan ke Surabaya bermula....
Oke, habis cerita... sambung esok pulak lah...sekarang tengok gambo yang xberapa nak lawo.. udahlah susah nak dapat angle yang best sebab wrong timing...time budak2 cuti sekolah... ke kanan, ke kiri, atas bawah banyak betul kepala orang... kalo x kepala, haa.. ngan pungkok2 sekali nampak... adehhh!! edit pun ntah ape2.. banyak sangat halo and chromatic aberration nye...

Prambanan Temple
Prambanan Temple muka penuh |
Candi Borobudur...(beria kawan2 mendengor penerangan Pak Budi...hehehe)
Sisi lain Borobudur
Ukiran pada dinding Borobudur (setiap ukiran ada cerita disebaliknya...)
Patung Budha yang ada kat dalam Stupa ( tak cantik sungguh composition gambor ni..)
Inilah Stupa...
Pandangan jarak dekat bucu-bucu tajam Borobudur
lagi satu ukiran... yang benornye banyak giler ukiran... x larat teman nak edit..huhu
Sisi lain Stupa
Muka penuh Candi Borobudur
Nampak gaya.. esok2lah sambungannya....
Monday, August 6, 2012
Cerita Lembu Lagi....
Ini cerita lembu lagi... baru kejap tadi saya membaca kisah sedih di akhbar kosmo online.. tak habis pun membacanye sebab kosmo itu telah menulis"Ikuti berita selanjutnya di akhbar Kosmo!" memang sungguh hampagasss!!!.
Kejadian itu berlaku menurut kosmo di km 213 highway PLUS...
begini ceritanye....
Kejadian pukul 1.20 pagi di Kilometer 213 Lebuh Raya Utara-Selatan menghala selatan berhampiran Plaza Tol Simpang Ampat itu mengorbankan guru Sekolah Kebangsaan Sungai Linau, Johor, Ngatina Semin (gambar kecil), 47, dan anak bongsunya, Muhamad Habib Firdaus Mokhtar, 10.
Suami Ngatina, Mokhtar Abu Bakar, 50, yang juga anggota polis dari Pasukan Gerakan Am Simpang Renggam dan seorang lagi anak mereka, Siti Nasuha, 21, kecederaan parah.
Difahamkan, Mokhtar patah tulang rusuk manakala Siti Nasuha cedera di mata kanan dan dirawat di Hospital Melaka.
Jurucakap polis berkata, ketika kejadian empat beranak itu dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Simpang Renggam selepas menjemput Siti Nasuha di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Sepang.
Pelajar jurusan kejuruteraan itu pulang untuk menghabiskan cuti semestar selama dua bulan.
“Sebaik sampai di tempat kejadian, seekor lembu tiba-tiba melintas menyebabkan Mokhtar hilang kawalan. Ekoran itu, kereta yang mereka naiki terbalik di atas penghadang jalan menyebabkan Ngatina dan Muhamad Firdaus maut,” katanya di sini semalam.
ANGGOTA polis memeriksa kereta Perodua Kancil yang terlibat dalam kemalangan hingga mengakibatkan dua beranak maut di Alor Gajah semalam.
Moral of the story:
Sila alert dengan papan tanda 'lembu' itu yang terdapat di PLUS highway ye... walaupun malang itu tak berbau, paling tidak kita sudah beringat... "Ya Allah lindungilah perjalanan kami"
Dan...
Walaupun tidak kenal, TAKZIAH kepada keluarga mangsa....
Nota kaki: Sumber adalah dari Akhbar Kosmo Online, bertarikh 6 Ogos 2012.
Kejadian itu berlaku menurut kosmo di km 213 highway PLUS...
begini ceritanye....
Dua beranak maut langgar lembu
ALOR GAJAH – Kegembiraan sebuah keluarga meraikan kepulangan seorang ahli keluarga mereka dari Jepun bertukar tragedi apabila dua daripadanya maut selepas kereta jenis Perodua Kancil yang mereka naiki merempuh seekor lembu semalam.Kejadian pukul 1.20 pagi di Kilometer 213 Lebuh Raya Utara-Selatan menghala selatan berhampiran Plaza Tol Simpang Ampat itu mengorbankan guru Sekolah Kebangsaan Sungai Linau, Johor, Ngatina Semin (gambar kecil), 47, dan anak bongsunya, Muhamad Habib Firdaus Mokhtar, 10.
Suami Ngatina, Mokhtar Abu Bakar, 50, yang juga anggota polis dari Pasukan Gerakan Am Simpang Renggam dan seorang lagi anak mereka, Siti Nasuha, 21, kecederaan parah.
Difahamkan, Mokhtar patah tulang rusuk manakala Siti Nasuha cedera di mata kanan dan dirawat di Hospital Melaka.
Jurucakap polis berkata, ketika kejadian empat beranak itu dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Simpang Renggam selepas menjemput Siti Nasuha di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Sepang.
Pelajar jurusan kejuruteraan itu pulang untuk menghabiskan cuti semestar selama dua bulan.
“Sebaik sampai di tempat kejadian, seekor lembu tiba-tiba melintas menyebabkan Mokhtar hilang kawalan. Ekoran itu, kereta yang mereka naiki terbalik di atas penghadang jalan menyebabkan Ngatina dan Muhamad Firdaus maut,” katanya di sini semalam.
ANGGOTA polis memeriksa kereta Perodua Kancil yang terlibat dalam kemalangan hingga mengakibatkan dua beranak maut di Alor Gajah semalam.
Moral of the story:
Sila alert dengan papan tanda 'lembu' itu yang terdapat di PLUS highway ye... walaupun malang itu tak berbau, paling tidak kita sudah beringat... "Ya Allah lindungilah perjalanan kami"
Dan...
Walaupun tidak kenal, TAKZIAH kepada keluarga mangsa....
Nota kaki: Sumber adalah dari Akhbar Kosmo Online, bertarikh 6 Ogos 2012.
Monday, July 30, 2012
lembU
Ini cerita hari puasa ke-10. Ringkas aje cerita pasal lembu ni... dalam perjalanan balik ke johor sabtu lepas bersama-sama cik adek dan cik red belbet... kami sempat perhatikan betapa banyaknya signboard gambar lembu dan bertulis "hati-hati memandu". Pelik dan tertanya-tanya kenapakah banyak itu signboard di sepanjang perjalanan?ada banyak kes kah sebelum ni yang melibatkan lintasan lembu-lembu di highway ini, yang kami tidak tahu?baru dipasangkah itu s/board, atau saya yang tak pernah perasan?hemmm.... sudahnya kesimpulan dibuat, bagus juga banyak itu s/board, semua pemandu akan lebih berhati2 dan tidak memandu mengikut rasa hati.... yelah, bila ada s/board2 itu... mesti takut kalau2 lembu akan melintas secara tiba-tiba....
DAN...
Alhamdulillah, perjalanan kami selamat pergi dan balik walaupun sebenarnya ada satu ketika itu kami tergamam dan terdiam seribu kata dek kerana terperanjat dengan insiden yang berlaku beberapa kilometer sebelum R&R Seremban. Sekali sekala selepas itu, terfikir semula, kesian dengan pemandu-pemandu dibelakang yang terpaksa berpanas dek kerana nak settlekan kes bumper to bumper crashed...
nasib baik pakai tayar cik cebol (michelin), cengkaman yang kuat dapat mengelakkan si hitam gojes dari mencium pungkoq myVi depan... (errrkkk.... nak promote tayar pulak...)
Tapi... sebenarnya, kuasa Allah yang mengatasi segala-galanya, lembu ke, tayar ke... apepun pastikan jarak selamat dengan kenderaan lain ye...bak kata lembu hitam kat signboard itu "hati-hati memandu" - sila baca dengan nada suara lembu... ekekekeke...
Thursday, June 7, 2012
Anterior Ankle Impingement
~Assalam~
http://www.sportsmd.com/SportsMD_Articles/id/286.aspx
http://www.footanklepain.ca/docs/ankle_impingment.pdf
http://emedicine.medscape.com/article/85311-overview
Gambar; menunjukkan spot dimana terjadinya 'bone spurs' atau osteophyte
http://www.atlantisfootandankle.com/ankle-OCD.aspx
Kronologi rawatan:
- 17 May 2012; berjumpa doktor di Prime Care klinik
- 18 May 2012; X-ray di klinik di Ampang Park
- 22 May 2012; berjumpa doktar di Pusrawi
- 23 May 2012; masuk wad (wad perubatan & pembedahan An-Naeem)
- 24 May 2012; menjalani pembedahan arthroscopy
- 29 May 2012; keluar wad/hospital
Hahaha...siap ada kronologi... sebab nak jadikan ingatan untuk hari tua nanti, so kenalah ada kronologi...kui..kui...kui...
Bil untuk semua kos rawatan itu menelan belanja sebanyak RM20,931. Terima kasih kepada MMC Oil & Gas Eng. Sdn. Bhd kerana benefit unlimited medical treatment.
Nota kaki:
- osteophyte is a small abnormal bony outgrowth
- orthopaedic; berakaitan dengan tulang
- arthroscopy; pembedahan dengan memasukkan endoscope melalui bukaan kecil pada anggota
- PUSRAWI; Pusat Rawatan Islam
Tulisan ini untuk memoir diri saya supaya saya ingat bahawa saya pernah dibedah. Perkataan bedah itu sangat serius bunyinye.. hehe tapi memang serius sebabnya ini pengalaman saya masuk ke bilik bedah bukan disebabkan nak melahirkan anak tapi disebabkan penyakit lain. Kebanyakkan umat terutama wanita berpengalaman masuk ke bilik bedah kerana melahirkan anak. Betul kan??. sudah cukup 2 minggu saya menjalani pembedahan.
Nama penyakit saya ni 'anterior ankle impingement'. Menurut doktor dan dari pembacaan saya, ankle impingement biasanya terjadi dikalangan atlit sukan, bukan semua sukan ye... sukan bola keranjang, bola sepak atau penari balet. Kecederaan yang berulang seperti terseliuh semasa bersukan juga merupakan punca utama ankle impingement. saya kerap terseliuh semasa bermain badminton, jadi kemungkinan itu adalah penyebab utama, ditambah saya kerap melibatkan diri dengan aktiviti lasak seperti mendaki bukit atau gunung. Kadang-kadang tu sakitnya belum berkurang, saya layankan aje...Ankle impingment merujuk kepada 'bone spurs' atau osteophyte iaitu ketumbuhan tulang kecil di bahagian tulang talus (bawah) dan tibia (atas). Bagaimana tulang boleh tumbuh, itu susah untuk dijelaskan. Tapi yang sangat pasti, rasa sakit semasa melakukan aktiviti harian seperti berjalan akan kerap dirasai. Bagi kes saya ni dua bulan kebelakangan saya menghadapi kesukaran untuk berjalan. Pada satu-satu masa, hampir tidak boleh meletakkan kaki langsung di atas lantai. Tapi dalam sakit-sakit pun sempat lagi join treasure hunt... Dan kerana itu, Doktor berkata, memang tiada cara lain untuk merawat kecuali dengan surgeri. Beberapa link ni sangat berguna untuk rujukan saya :
http://www.sportsmd.com/SportsMD_Articles/id/286.aspx
http://www.footanklepain.ca/docs/ankle_impingment.pdf
http://emedicine.medscape.com/article/85311-overview
Gambar; menunjukkan spot dimana terjadinya 'bone spurs' atau osteophyte
Selain dari itu, satu lagi masalah pada ankle kanan saya ni ialah 'chondral defect' iaitu kerosakkan pada ankle cartilage. Cartilage terletak di antara dua tulang sendi. Cartilage boleh cedera disebabkan oleh patah atau terseliuh. dalam kes saya ni, terseliuh lah yang menyebabkan cartilage tu koyak. Kerosakkan pada cartilage menyebabkan kaki akan membangkak dan pergerakkan sendi itu menjadi longgar. Kata Dr Azmi yang merawat saya, "sendi awak ni dah longgar kalau nak dibanding dengan kaki kiri tu". Ye, itu salah satu simptom bila cartilage ankle dah cedera, selain merasa sakit apabila dibuat berjalan.
Link ini adalah rujukan saya untuk tahu lebih sedikit tentang ankle cartilage;http://www.atlantisfootandankle.com/ankle-OCD.aspx
Ok, sekarang masuk cerita rawatan pula. Saya dirawat oleh Dr Azmi B. abdul Latif, pakar Orthopeadic, Arthroscopy & Sport Injury, Hospital Pusrawi. Sebenarnya banyak pilihan hospital yang boleh saya pilih selain Pusrawi, contohnya Gleneagles Ampang, Ampang Puteri Specialist dan Sime Darby Medical Center (SJMC). Tapi memandangkan saya tahu dan dapat mengagak yang kesakitan saya ni bukan level yang biasa dan perlu surgery dan rawatan fisioterapi, saya memilih Pusrawi di Jalan Tun Razak memandangkan ada sahabat yang boleh membantu menghantar saya membuat rawatan susulan jika saya tidak boleh memandu.
Hasil daripada x-ray biasa dan MRI, saya perlu menjalani rawatan arthroscopy. Ha... beginilah rupa rawatan itu.....
Kronologi rawatan:
- 17 May 2012; berjumpa doktor di Prime Care klinik
- 18 May 2012; X-ray di klinik di Ampang Park
- 22 May 2012; berjumpa doktar di Pusrawi
- 23 May 2012; masuk wad (wad perubatan & pembedahan An-Naeem)
- 24 May 2012; menjalani pembedahan arthroscopy
- 29 May 2012; keluar wad/hospital
Hahaha...siap ada kronologi... sebab nak jadikan ingatan untuk hari tua nanti, so kenalah ada kronologi...kui..kui...kui...
Bil untuk semua kos rawatan itu menelan belanja sebanyak RM20,931. Terima kasih kepada MMC Oil & Gas Eng. Sdn. Bhd kerana benefit unlimited medical treatment.
Saya sangat bersyukur kerana dikelilingi oleh keluarga dan sahabat-sahabat yang sentiasa memberi sokongan baik dari segi doa dan moral. Tak pernah pun rasa tertekan atau sedih semasa dalam rawatan di hospital, kerana setiap hari ada saje kawan-kawan yang datang menjenguk, bukan setakat menjenguk, menjamu makan dan temankan tidur pun ada. Kepada Mak, kak Long, Adik, Nurul hafizah, Norhamizah, Suzilawati, Julie, Huziana, Bai, Athirah, Khairini, Rin, Yat... terima kasih kerana keperihatinan kamu semua. Kawan ofis saya aka mentor saya, enche' Masyudi, 2 kali dtg menjenguk.. kak wai dan yusri. Dan, kawan-kawan lain yang tak lupa mendoakan kesihatan saya. Dan khas kepada Nurul Hafizah, terima kasih yang amat sangat kerana sampai sekarang pun kamu tak jemu untuk melayan kerenah orang sakit ni. Tidak lupa juga kepada semua staf hospital yang memberi layanan yang baik semasa dan selepas rawatan.
Sekarang setelah 2 minggu saya masih lagi dalam tempoh rawatan selepas pembedahan. Untuk 2 minggu atau mungkin lebih saya berada di rumah keluarga NHA. Terima kasih yang tak terhingga kepada keluarga beliau kerana memberi layanan yang sangat baik dan membuat saya tak kekok untuk berada di tengah-tengah keluarga ini. Semoga Allah melimpahkan rezeki dan rahmat kepada keluarga ini.
Wah... panjang dan panjang entri kali ini... cukup setakat ini dulu....
Nota kaki:
- osteophyte is a small abnormal bony outgrowth
- orthopaedic; berakaitan dengan tulang
- arthroscopy; pembedahan dengan memasukkan endoscope melalui bukaan kecil pada anggota
- PUSRAWI; Pusat Rawatan Islam
Subscribe to:
Posts (Atom)