Monday, August 6, 2012

Cerita Lembu Lagi....

Ini cerita lembu lagi... baru kejap tadi saya membaca kisah sedih di akhbar kosmo online.. tak habis pun membacanye sebab kosmo itu telah menulis"Ikuti berita selanjutnya di akhbar Kosmo!" memang sungguh hampagasss!!!.
Kejadian itu berlaku menurut kosmo di km 213 highway PLUS...
begini ceritanye....

Dua beranak maut langgar lembu

ALOR GAJAH – Kegembiraan sebuah keluarga meraikan kepulangan seorang ahli keluarga mereka dari Jepun bertukar tragedi apabila dua daripadanya maut selepas kereta jenis Perodua Kancil yang mereka naiki merempuh seekor lembu semalam.
Kejadian pukul 1.20 pagi di Kilometer 213 Lebuh Raya Utara-Selatan menghala selatan berhampiran Plaza Tol Simpang Ampat itu mengorbankan guru Sekolah Kebangsaan Sungai Linau, Johor, Ngatina Semin (gambar kecil), 47, dan anak bongsunya, Muhamad Habib Firdaus Mokhtar, 10.
Suami Ngatina, Mokhtar Abu Bakar, 50, yang juga anggota polis dari Pasukan Gerakan Am Simpang Renggam dan seorang lagi anak mereka, Siti Nasuha, 21, kecederaan parah.
Difahamkan, Mokhtar patah tulang rusuk manakala Siti Nasuha cedera di mata kanan dan dirawat di Hospital Melaka.
Jurucakap polis berkata, ketika kejadian empat beranak itu dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Simpang Renggam selepas menjemput Siti Nasuha di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Sepang.
Pelajar jurusan kejuruteraan itu pulang untuk menghabiskan cuti semestar selama dua bulan.
“Sebaik sampai di tempat kejadian, seekor lembu tiba-tiba melintas menyebabkan Mokhtar hilang kawalan. Ekoran itu, kereta yang mereka naiki terbalik di atas penghadang jalan menyebabkan Ngatina dan Muhamad Firdaus maut,” katanya di sini semalam.

 ANGGOTA polis memeriksa kereta Perodua Kancil yang terlibat dalam kemalangan hingga mengakibatkan dua beranak maut di Alor Gajah semalam. 


Moral of the story:

Sila alert dengan papan tanda 'lembu' itu yang terdapat di PLUS highway ye... walaupun malang itu tak berbau, paling tidak kita sudah beringat... "Ya Allah lindungilah perjalanan kami"
Dan...
Walaupun tidak kenal, TAKZIAH kepada keluarga mangsa.... 


Nota kaki: Sumber adalah dari Akhbar Kosmo Online, bertarikh 6 Ogos 2012.

Monday, July 30, 2012

lembU

Ini cerita hari puasa ke-10. Ringkas aje cerita pasal lembu ni... dalam perjalanan balik ke johor sabtu lepas bersama-sama cik adek dan cik red belbet... kami sempat perhatikan betapa banyaknya signboard gambar lembu dan bertulis "hati-hati memandu". Pelik dan tertanya-tanya kenapakah banyak itu signboard di sepanjang perjalanan?ada banyak kes kah sebelum ni yang melibatkan lintasan lembu-lembu di highway ini, yang kami tidak tahu?baru dipasangkah itu s/board, atau saya yang tak pernah perasan?hemmm.... sudahnya kesimpulan dibuat, bagus juga banyak itu s/board, semua pemandu akan lebih berhati2 dan tidak memandu mengikut rasa hati.... yelah, bila ada s/board2 itu... mesti takut kalau2 lembu akan melintas secara tiba-tiba....




DAN...

Alhamdulillah, perjalanan kami selamat pergi dan balik walaupun sebenarnya ada satu ketika itu kami tergamam dan terdiam seribu kata dek kerana terperanjat dengan insiden yang berlaku beberapa kilometer sebelum R&R Seremban. Sekali sekala selepas itu, terfikir semula, kesian dengan pemandu-pemandu dibelakang yang terpaksa berpanas dek kerana nak settlekan kes bumper to bumper crashed...
nasib baik pakai tayar cik cebol (michelin), cengkaman yang kuat dapat mengelakkan si hitam gojes dari mencium pungkoq myVi depan... (errrkkk.... nak promote tayar pulak...)
Tapi... sebenarnya, kuasa Allah yang mengatasi segala-galanya, lembu ke, tayar ke... apepun pastikan jarak selamat dengan kenderaan lain ye...bak kata lembu hitam kat signboard itu "hati-hati memandu" - sila baca dengan nada suara lembu... ekekekeke...


Thursday, June 7, 2012

Anterior Ankle Impingement

~Assalam~


Tulisan ini untuk memoir diri saya supaya saya ingat bahawa saya pernah dibedah. Perkataan bedah itu sangat serius bunyinye.. hehe tapi memang serius sebabnya ini pengalaman saya masuk ke bilik bedah bukan disebabkan nak melahirkan anak tapi disebabkan penyakit lain. Kebanyakkan umat terutama wanita berpengalaman masuk ke bilik bedah kerana melahirkan anak. Betul kan??. sudah cukup 2 minggu saya menjalani pembedahan.

Nama penyakit saya ni 'anterior ankle impingement'. Menurut doktor dan dari pembacaan saya, ankle impingement biasanya terjadi dikalangan atlit sukan, bukan semua sukan ye... sukan bola keranjang, bola sepak atau penari balet. Kecederaan yang berulang seperti terseliuh semasa bersukan juga merupakan punca utama ankle impingement. saya kerap terseliuh semasa bermain badminton, jadi kemungkinan itu adalah penyebab utama, ditambah saya kerap melibatkan diri dengan aktiviti lasak seperti mendaki bukit atau gunung. Kadang-kadang tu sakitnya belum berkurang, saya layankan aje...Ankle impingment merujuk kepada 'bone spurs' atau osteophyte iaitu ketumbuhan tulang kecil di bahagian tulang talus (bawah) dan tibia (atas).  Bagaimana tulang boleh tumbuh, itu susah untuk dijelaskan. Tapi yang sangat pasti, rasa sakit semasa melakukan aktiviti harian seperti berjalan akan kerap dirasai. Bagi kes saya ni dua bulan kebelakangan saya menghadapi kesukaran untuk berjalan. Pada satu-satu masa, hampir tidak boleh meletakkan kaki langsung di atas lantai. Tapi dalam sakit-sakit pun sempat lagi join treasure hunt... Dan kerana itu, Doktor berkata, memang tiada cara lain untuk merawat kecuali dengan surgeri. Beberapa link ni sangat berguna untuk rujukan saya :


http://www.sportsmd.com/SportsMD_Articles/id/286.aspx
http://www.footanklepain.ca/docs/ankle_impingment.pdf
http://emedicine.medscape.com/article/85311-overview




Gambar; menunjukkan spot dimana terjadinya 'bone spurs' atau osteophyte


Selain dari itu, satu lagi masalah pada ankle kanan saya ni ialah 'chondral defect' iaitu kerosakkan pada ankle cartilage. Cartilage terletak di antara dua tulang sendi. Cartilage boleh cedera disebabkan oleh patah atau terseliuh. dalam kes saya ni, terseliuh lah yang menyebabkan cartilage tu koyak. Kerosakkan pada cartilage menyebabkan kaki akan membangkak dan pergerakkan sendi itu menjadi longgar. Kata Dr Azmi yang merawat saya, "sendi awak ni dah longgar kalau nak dibanding dengan kaki kiri tu". Ye, itu salah satu simptom bila cartilage ankle dah cedera, selain merasa sakit apabila dibuat berjalan.
Link ini adalah rujukan saya untuk tahu lebih sedikit tentang ankle cartilage;
http://www.atlantisfootandankle.com/ankle-OCD.aspx


Ok, sekarang masuk cerita rawatan pula. Saya dirawat oleh Dr Azmi B. abdul Latif, pakar Orthopeadic, Arthroscopy & Sport Injury, Hospital Pusrawi. Sebenarnya banyak pilihan hospital yang boleh saya pilih selain Pusrawi, contohnya Gleneagles Ampang, Ampang Puteri Specialist dan Sime Darby Medical Center (SJMC). Tapi memandangkan saya tahu dan dapat mengagak yang kesakitan saya ni bukan level yang biasa dan perlu surgery dan rawatan fisioterapi, saya memilih Pusrawi di Jalan Tun Razak memandangkan ada sahabat yang boleh membantu menghantar saya membuat rawatan susulan jika saya tidak boleh memandu. 

Hasil daripada x-ray biasa dan MRI, saya perlu menjalani rawatan arthroscopy. Ha... beginilah rupa rawatan itu.....






Kronologi rawatan:
- 17 May 2012; berjumpa doktor di Prime Care klinik
- 18 May 2012; X-ray di klinik di Ampang Park
- 22 May 2012; berjumpa doktar di Pusrawi
- 23 May 2012; masuk wad (wad perubatan & pembedahan An-Naeem)
- 24 May 2012; menjalani pembedahan arthroscopy
- 29 May 2012; keluar wad/hospital


Hahaha...siap ada kronologi... sebab nak jadikan ingatan untuk hari tua nanti, so kenalah ada kronologi...kui..kui...kui...


Bil untuk semua kos rawatan itu menelan belanja sebanyak RM20,931. Terima kasih kepada MMC Oil & Gas Eng. Sdn. Bhd kerana benefit unlimited medical treatment.


Saya sangat bersyukur kerana dikelilingi oleh keluarga dan sahabat-sahabat yang sentiasa memberi sokongan baik dari segi doa dan moral. Tak pernah pun rasa tertekan atau sedih semasa dalam rawatan di hospital, kerana setiap hari ada saje kawan-kawan yang datang menjenguk, bukan setakat menjenguk, menjamu makan dan temankan tidur pun ada. Kepada Mak, kak Long, Adik, Nurul hafizah, Norhamizah, Suzilawati, Julie, Huziana, Bai, Athirah, Khairini, Rin, Yat... terima kasih kerana keperihatinan kamu semua. Kawan ofis saya aka mentor saya, enche' Masyudi, 2 kali dtg menjenguk.. kak wai dan yusri. Dan, kawan-kawan lain yang tak lupa mendoakan kesihatan saya. Dan khas kepada Nurul Hafizah, terima kasih yang amat sangat kerana sampai sekarang pun kamu tak jemu untuk melayan kerenah orang sakit ni. Tidak lupa juga kepada semua staf hospital yang memberi layanan yang baik semasa dan selepas rawatan.

Sekarang setelah 2 minggu saya masih lagi dalam tempoh rawatan selepas pembedahan. Untuk 2 minggu atau mungkin lebih saya berada di rumah keluarga NHA. Terima kasih yang tak terhingga kepada keluarga beliau kerana memberi layanan yang sangat baik dan membuat saya tak kekok untuk berada di tengah-tengah keluarga ini. Semoga Allah melimpahkan rezeki dan rahmat kepada keluarga ini. 

Wah... panjang dan panjang entri kali ini... cukup setakat ini dulu....




Nota kaki: 
- osteophyte is a small abnormal bony outgrowth
- orthopaedic; berakaitan dengan tulang
- arthroscopy; pembedahan dengan memasukkan endoscope melalui bukaan kecil pada anggota
- PUSRAWI; Pusat Rawatan Islam


Tuesday, April 10, 2012

Wednesday, March 28, 2012

:: C.O.T.D ::

Colors of the day....









Tuesday, March 20, 2012

:: rindu tempat ini ::

Dua tahun berturut saya ke tempat ini..
tapi tahun ini tidak... saya rindu nak ke sini lagi...

Tiga orang model tetap lensa saya berada di tempat yang saya rindu...
bila tengok gambar-gambar ini, terasa seperti betul-betul berada di tempat ini...

Ya... tinggi-tinggi kinabalu...





Monday, March 19, 2012

Trial....

Sudah beratus keping gambar bunga-bungaan saya ambil... itu adalah kegemaran saya semenjak saya membeli dan memakai prosumer dan DSLR (yang paling murah dan basic pun).
Sejak penemuan terbaru untuk membesarkan saiz gambar pada blog, hati saya melompat-lompat nak letak semua imej-imej bunga yang dah saya kumpulkan dengan banyaknya...
sebenarnya penemuan terbaru tu datangnya dari cik nurul, secara kebetulan ada niat yang sama dengan saya, jadinya dalam dia duduk tak membuat apa-apa, saya kerahkan untuk mencari formula membesarkan gambar dalam blog dari 'uncle G'. Untuk orang yang tidak berapa rajin dan tidak berapa celik it, sangatlah bebangga mendapat ilmu ini...(padahal orang lain dah tau lama dah) hehehe...

Tanpa edit atau apa2 saje... saya membuat percubaan menmpal gambar itu..


Tuesday, February 28, 2012

Berlin no. 2

Bersiarn dari dalam kereta..... :-)

Saya mendapat fridge magnet kedua made in Berlin, thn lepas dari bakal adik ipar (insyallah, smoga mnjadi knyataan), yang kedua pula dari opismate yang bermeeting dgn vendor di sana... terima kaseh enche' MSO..

Dah ade dua, mungkinkah yang ke-3 akan saya beli sendiri dari sana? Hope so akan dtg.. Insyallah...

Sunday, February 19, 2012

Laskar pelangi

Membaca tajuk saja sudah tahu itu tajuk filem. Tak pernah pun sekali tengok dari permulaan cerita, tapi kerana nak tenangkan hati kononya saya menonton habis cerita ini. Sangat terkesan dalam hati saya pada jalan ceritanya dan moral yang boleh di ambil dari kisah 10 anak-anak miskin bersama 2 orang guru yang tidak pernah kenal erti putus asa untuk mengejar cita-cita. Kenapa terkesan?.. ada sesuatu yang akan saya tinggalkan selepas ini... ye... akan tinggalkan.

Pada cerita yang lain pula, sejak dari petang sebenarnya menunggu. Penat menunggu.. tertidur sampai ke senja...sampai ke malam menunggu rupanya, tapi... kenapa mesti menunggu??, saya tak ada jawapanya. Tak apalah, buat apa menunggu kan?. (berkata dalam hati)

  

"hidup biarlah untuk memberi dengan banyak bukan menerima dengan banyak". 

Kata-kata yang saya ambil dari kisah anak-anak laskar pelangi. Ada kebenaranya....

Baiklah, nak merehatkan diri di atas katil yang empuk.

Saturday, February 18, 2012

Cubaan Pertama

Baru saje balik dari bersiar-siar hirup udara malam dgn harapan dapat menembak tepat pada cahaya indah Sunway Piramid. Baru nak berputik hobi menembak cahaya neon diwaktu malam. Kali pertama, tanpa tripod, hanya menggunakan dashboard cik hitam, berpandukan ajaran cikgu internet... :-)

Mode kamera: Manual, 10 second dan f/22.

Dan hasilnya....


1st shot, agak blurred (kamera bgerak sbb d/board licin)



2nd shot (mcm ok sikit)

Lepas ni, akan ada kali kedua ke Sunway piramid... perlu sangat2 untuk masuk ke dalam, banyak lagi subjek2 yang menarik... tak perlu pergi jauh2 ke I-city...hehehe