Sunday, May 22, 2011

Ahad, 22 Mei 2011: 2 Wayang, Marathon ke???

Selesai sudah sessi menonton 2 filim yang tengah hot sekarang ni. Pirates of caribean; On Stranger Tides dan Nur Kasih the Movie. Saya telah menonton bersama-sama adik saya, Nurul tulip, huzz dan adik huz, Bai. Tapi di entri ni saya bukan pulak nak menceritakan sinopsis cerita-cerita ini sebab saya tahu dah banyak entri-entri atau kupasan2 cerita2 ini di blog2 orang lain. Plan nak tengok 2 cerita ni dah saya buat bersama cik tulip semasa bersama-sama menonton filem Just Go With It sebulan yang lalu dan diungkit semula semasa menonton filem Thor. 2 filim dalam sehari, marathon ke itu??. Belum cukup rasanya nak panggil marathon, tapi bolehlah untuk memenuhkan suku hari dalam sehari putaran waktu.

Ketika menulis entri ini, saya teringat zaman belajar diploma di sebuah tempat di Bandar Johor Bahru, pada ketika saya berumur 18-21 tahun, zaman badan sweet sedikit masa tu. Movie marathon ni memang sangat biasa saya kerjakan, 4 filem dalam sehari pun pernah saya buat. Masa zaman inilah saya sangat menggila menonton wayang, tak mengira genre apa sekalipun, melayu dan omputih, hindi dan cina, semua boleh saya layan. Itupun kerana ada sahabat setia yang bersama-sama berkongsi hobi, Niza, ye, dialah orangnya setia bersama menjadi mahluk yang tamak haloba menonton filim. Tamak adalah satu penyakit yang tidak baik untuk dijadikan amalan, oleh itu, jauhi sifat tamak. Dengan sebab movie marathon juga saya boleh bercerita mencampurkan dua ke tiga cerita dalam satu masa, inilah akibatnya dari sifat tamak itu. Tapi itu cerita lama. Ada satu masa, selama hampir 2 tahun selepas2 itu, saya tidak langsung menjejakkan kaki ke panggong wayang. Dan sekarang, saya tidak lagi menjadi tamak, walaupun ada rancangan mahu menonton 3 filim hari ini, niat itu saya batalkan.

Baiklah. Sekarang saya kupas sedikit pandangan peribadi saya untuk 2 filim yang saya tonton hari ini.




#1 Pirate of Caribbean: On Stranger Tides, 11.45am


Jalan cerita masih lagi menarik untuk ditonton, tidak menghampakan. Seperti biasa watak utama Jack Sparrow (Johny Depp) telah menghidupkan keseluruhan cerita ini. Dengan jujur, saya menonton filem ini kerana karakter utama, Jack Sparrow, kapten lanun yang pintar dan kelakar. Saya sangat suka cara dia berjalan dan berlari. Saya tidak mahu memberi bintang, tapi tidaklah rugi untuk menonton filim ini.


#2 Nur Kasih The Movie, 3.35pm


Filim ini merupakan kesinambungan daripada drama siri TV popular Nur Kasih. Sesiapa yang pernah menjadi peminat setia cerita ini setiap minggu malam sabtu, saya sangat pasti, akan tergerak hati untuk menonton filim ini, jadi saya antara orang-orang itu. Jalan cerita agak perlahan sehingga saya boleh terlelap ketika menonton. Dari sudut sinematografi, saya amat suka. Secara jujur, penceritaan dalam filim ini tidak dapat menandingi siri-sirinya yang ada di kaca TV, mungkin kerana durasinya yang pendek. Jadi pada saya, biasa-biasa sahaja.


Ye, duduk di dalam panggong wayang sambil bergelak tawa bersama kawan-kawan, saya sangat suka.










No comments:

Post a Comment