Wednesday, June 1, 2011

Saya Mesti Melawan perasaan Yang Menyusahkan Itu

Saya terasa seperti ada yang mencekik-cekik leher saya dan menyocok-nyocok mata saya sekarang ini. Tangan saya tak henti-henti menggeletar dari semalam petang, semenjak mendapat sms itu. Kepala saya melayang ke arah yang pelik-pelik dan ini semua membuatkan hidup saya huru-hara. Pada mulanya memang marah, tapi bila diam dan berfikir, saya sedar, tak mengapa, ini semua ujian Tuhan buat saya.

Saya terima. Walaupun nanti akan ada waktu-waktu sunyi dan hantu kesedihan akan datang mengganggu hidup saya. Tak apa, saya masih ada mak yang cukup setia bersama susah senang, adik dan kawan-kawan yang cukup boleh membuatkan saya ketawa dan menghalau hantu kesedihan itu.

Ok, saya harus berhenti. Jika saya terus menulis lagi waktu ini, pasti hantu kesedihan datang lagi dan kerja saya tidak siap. Saya tidak mahu.

Waktu begini.... kerja....

4 comments:

  1. Menulis itu boleh menghilangkan tekanan. Seperti juga menangis atau luahkan masalah pada seseorang. Biar mereka menjadi mangsa. hehe..kawan2 tak kisah punya. Mereka mmg pendengar setia

    ReplyDelete
  2. cik gabera: kamulah antara mangsa saya...tq2
    cik terkehel: mcm iklan susu dutch lady, betul betul betul....
    cik fiza aka tulip: tolong sabarkan saya... :)

    ReplyDelete