Tuesday, June 7, 2011

Tanjung Pagar

Ahad minggu yang lepas, saya melihat di kaca tv satu berita pendek tentang Stesen keretapi Tanjung Pagar, Singapura. Pada 1 julai 2011, perkhidmatan kereta api ke Stesen tanjung Pagar dan Bukit Timah akan ditamatkan dengan keretapi Tanah Melayu (KTMB) akan mengakhiri perkhidmatan kereta api itu di Woodlands train Checkpoint (WTCP). Tidak tahu mengapa dan kenapa, saya seperti merasa terpanggil untuk menjejakkan kaki ke stesen itu. Jika saya mengira-ngira waktu yang ada dengan kepadatan jadual mingguan saya, rasanya tidak sempat untuk saya menjejakkan kaki di situ.

Sedikit sejarah Stesen kereta api Tanjung Pagar, saya petik tanpa meng 'edit' sepatah pun dari Utusan Malaysia:

Stesen Tanjong Pagar ini dibina untuk menggantikan stesen kereta api Tank Road yang dibina tahun 1903 dan merupakan terminal keretapi pertama di Singapura. Keunikan Tanjong Pagar adalah hentian terakhir jaringan pengangkutan keretapi di hujung benua Asia. Walaupun berada di tengah-tengah negara lain, stesen Tanjong Pagar adalah pintu masuk ke negara ini bagi mereka yang memilih menggunakan perkhidmatan kereta api.


Picture credit to Aryna

Picture credit to Aryna

Stesen ini juga menjadi kelangsungan pada sejarah awal perkhidmatan kereta api ke Singapura. Ia bermula apabila Sultan Johor ketika itu, Sultan Abu Bakar menerima permintaan British untuk membina laluan kereta api dan pembinaannya dirasmikan pada 1909. Apabila berakhirnya riwayat Tanjong Pagar sebagai sebuah stesen, ini bermakna Tanjong Pagar juga menjadi penutup perkhidmatan kereta api di Singapura.

Pembukaan Tambak Johor pada 28 Jun 1924 menjadi pemangkin kepada perkhidmatan keretapi yang menghubungkan Singapura dengan negara ini. Stesen penuh sejarah ini menjadi suatu yang sering mengusik "keamanan dan persefahaman" Malaysia dan Singapura. Akhirnya terusir juga sebuah stesen kereta api milik Malaysia yang membelah republik itu. Semoga Singapura tidak memadamkan sejarah stesen Tanjong Pagar seperti terpadamnya sejarah Temasik.

Diikutkan mungkin tiada apa yang menarik di situ (mungkin), tapi entah kenapa saya merasa sangat ingin ke sana sebelum ianaya hanya dijadikan tatapan sebagai tinggalan sejarah.

Bila?


4 comments:

  1. andai kau ke kemboja ke utopia ku ikutkan mu....
    bole ku ikut kamu menjejaki sejarah...?..hehehee

    ReplyDelete
  2. dah masuk blog, wajib pergi nih

    ReplyDelete
  3. Nilai sebenar tanah KTM di Singapura menurut anggaran pada tahun 1995 ialah RM1.5 trillion. Bagi forumer yang gagal matematik ketika UPSR (atau Penilaian Darjah Lima), RM1.5 trilion bermaksud RM1,500,000,000,000.00.

    Itu adalah penilaian pada tahun 1995. Pada tahun 2011, nilainya bertambah berkali-kali ganda lagi. Pada tahun 2015, nilai tanah itu boleh mencecah RM3 trillion. Jumlah RM3 trillion itu kalau dibelanjakan untuk bajet tahunan negeri Kelantan, 7,500 tahun baru boleh habis. Apa yang Malaysia dapat sebagai imbuhan ialah tanah sekangkang kera di pinggiran pantai yang nilainya tidak seberapa.

    Bandingan dengan bajet tahunan negeri Kelantan ialah RM400 juta. Bagi forumer yang gagal matematik ketika UPSR (atau Penilaian Darjah Lima), RM400 juta bermaksud RM400,000,000.00.

    Tanah KTM sudah terlepas ke tangan Singapura. Persoalan yang timbul ialah, oleh kerana nilai tanah itu sangat mahal, siapakah yang mendapat komisyen dari GOS dan berapa banyak?

    ReplyDelete
  4. Mereka yang terlibat menyerahkan tanah KTM di Singapura akan dikenang sampai bila-bila. Mereka akan kekal berada dalam lipatan sejarah. Kalau Sultan Hussien of Kampong Glam dikenang sebagai orang yang menyerahkan Temasek kepada Stamford Raffles, nama mereka yang terlibat menyerahkan tanah KTM di Singapura sebaris dengan Sultan Hussien of Kampong Glam. Kalau nama Sultan Hussien of Kampong Glam dikutuk sampai bila-bila, nama mereka yang terlibat menyerahkan tanah KTM di Singapura pun akan dikutuk sampai bila-bila.

    ReplyDelete