Sunday, May 22, 2011

Ahad, 22 Mei 2011: 2 Wayang, Marathon ke???

Selesai sudah sessi menonton 2 filim yang tengah hot sekarang ni. Pirates of caribean; On Stranger Tides dan Nur Kasih the Movie. Saya telah menonton bersama-sama adik saya, Nurul tulip, huzz dan adik huz, Bai. Tapi di entri ni saya bukan pulak nak menceritakan sinopsis cerita-cerita ini sebab saya tahu dah banyak entri-entri atau kupasan2 cerita2 ini di blog2 orang lain. Plan nak tengok 2 cerita ni dah saya buat bersama cik tulip semasa bersama-sama menonton filem Just Go With It sebulan yang lalu dan diungkit semula semasa menonton filem Thor. 2 filim dalam sehari, marathon ke itu??. Belum cukup rasanya nak panggil marathon, tapi bolehlah untuk memenuhkan suku hari dalam sehari putaran waktu.

Ketika menulis entri ini, saya teringat zaman belajar diploma di sebuah tempat di Bandar Johor Bahru, pada ketika saya berumur 18-21 tahun, zaman badan sweet sedikit masa tu. Movie marathon ni memang sangat biasa saya kerjakan, 4 filem dalam sehari pun pernah saya buat. Masa zaman inilah saya sangat menggila menonton wayang, tak mengira genre apa sekalipun, melayu dan omputih, hindi dan cina, semua boleh saya layan. Itupun kerana ada sahabat setia yang bersama-sama berkongsi hobi, Niza, ye, dialah orangnya setia bersama menjadi mahluk yang tamak haloba menonton filim. Tamak adalah satu penyakit yang tidak baik untuk dijadikan amalan, oleh itu, jauhi sifat tamak. Dengan sebab movie marathon juga saya boleh bercerita mencampurkan dua ke tiga cerita dalam satu masa, inilah akibatnya dari sifat tamak itu. Tapi itu cerita lama. Ada satu masa, selama hampir 2 tahun selepas2 itu, saya tidak langsung menjejakkan kaki ke panggong wayang. Dan sekarang, saya tidak lagi menjadi tamak, walaupun ada rancangan mahu menonton 3 filim hari ini, niat itu saya batalkan.

Baiklah. Sekarang saya kupas sedikit pandangan peribadi saya untuk 2 filim yang saya tonton hari ini.




#1 Pirate of Caribbean: On Stranger Tides, 11.45am


Jalan cerita masih lagi menarik untuk ditonton, tidak menghampakan. Seperti biasa watak utama Jack Sparrow (Johny Depp) telah menghidupkan keseluruhan cerita ini. Dengan jujur, saya menonton filem ini kerana karakter utama, Jack Sparrow, kapten lanun yang pintar dan kelakar. Saya sangat suka cara dia berjalan dan berlari. Saya tidak mahu memberi bintang, tapi tidaklah rugi untuk menonton filim ini.


#2 Nur Kasih The Movie, 3.35pm


Filim ini merupakan kesinambungan daripada drama siri TV popular Nur Kasih. Sesiapa yang pernah menjadi peminat setia cerita ini setiap minggu malam sabtu, saya sangat pasti, akan tergerak hati untuk menonton filim ini, jadi saya antara orang-orang itu. Jalan cerita agak perlahan sehingga saya boleh terlelap ketika menonton. Dari sudut sinematografi, saya amat suka. Secara jujur, penceritaan dalam filim ini tidak dapat menandingi siri-sirinya yang ada di kaca TV, mungkin kerana durasinya yang pendek. Jadi pada saya, biasa-biasa sahaja.


Ye, duduk di dalam panggong wayang sambil bergelak tawa bersama kawan-kawan, saya sangat suka.










Thursday, May 19, 2011

h3ro

Semasa saya menunggu adik di dalam kereta, tangan saya asyik dengan nokia kecik saya. Saya sayang nokia ni, ialah dah berpuluh kali badan dia menghentam lantai rumah, sakit-sakit badan dia terhantuk tar parking... tapi dia tetap setia. Nombor yang dia pakai saya beli dengan harga rm5 di satu hari di sebuah konsert di Bandar Darul Aman pada tahun 2005. Zaman belajar, rm5 tu satu besar rahmat pada saya lagi pulak dapat saya gunakan untuk berkomunikasi dengan teman rapat saya ketika itu. Bermakna nombor itu ada sentimentel value. Tapi semua itu dah pun berlalu.

Sekarang saya berkira-kira nak menamatkan riwayat nombor celcom ni. Dalam asyik jari menekan-nekan butang nombor, saya terjumpa satu nama yang sangat dekat dihati saya, 'h3ro'. Saya boleh agak, lebih sebulan saya tak menelefon nombor itu. Dua tahun kebelakangan ini, salah satu hobi saya ialah menelefon nombor ini. sebelum 2 tahun ini, tuan punya nombor ini sangat suka bercakap dengan saya, saya pun merasa yang sama. Yang paling saya tak boleh lupa bila bercakap dengan hero saya yang seorang ni, sedang seronok bercakap, dia boleh saje sesuka hati mematikan perbualan kami. Saya tahu dia bukan marah, tapi memang itu kebiasaan dia, memberi salam bila memulakan bicara, tapi diakhir bicara, tup! terus hilang suara....Saya pun tak marah kerana saya tahu mungkin dia ada sedikit masalah pendengaran, hehe..tak mengapa, sebab dia buah hati pengerang jantung saya. wahai sang h3ro, saya sangat rindu, sangat,sangat,sangat dan sangat.

h3ro saya itu ialah ABAH saya... ye.. dia h3ro saya, nombor itu saya simpan lagi buat kenang-kenangan, walaupun tiap kali saya dail, ada suara "nombor yang anda dail tiada dalam perkhidmatan kami". Kalau nak kata saya macam kurang siuman, tak apalah tapi dengan cara macam itu jugaklah yang boleh buat saya hilang rindu pada h3ro saya. Suara h3ro masih kuat terngiang-ngiang di kepala saya...Anak abah katakan... degil saya, garang saya, senyum saya, sifat jenaka saya, cerewet saya, manja saya, semuanya ikut abah, sebab itu dia adalah h3ro saya.

Semoga Abah bersemadi dengan tenang 'di sana'..Al-fatihah.

Monday, May 16, 2011

Blues Depan TV

Saya menulis didepan tv sebab sy sdg menonton tv tapi dalam kepala saya macam-macam yang saya fikirkan.
Dua tiga hari ni saya merasa super happy sebab ada kawan-kawan disisi. Saya gembira sebab sentiasa ada kawan-kawan untuk menggembirakan saya. Sambut besday bersama dengan riang gembira. Terima kaseh ye kawan-kawan, kawan-kawan opis dan terutama kawan-kawan GGK, GGK's kamu semua amat khas dihati saya. You all resemble so much happiness to me, and will hot glue gun all of you to somewhere next to mine.

Di satu chapter lain, di hari yang mengembirakan saya, ada cerita sedih disebaliknya. Untuk dua orang yang berbeza, saya tau kamu pasti membaca tulisan saya ni sebab kamu mesti nak tau tentang diri dan hati saya cuma cepat atau lambat kamu baca. Untuk kamu orang yang pertama: saya pernah tulis ini kepada kamu,"saya tahu suatu hari nanti kamu akan pergi, waktu itu saya harap saya sudah mampu berdiri kembali. Berjalan,bersenang-senang dengan hati yang tenang-tenang saje" Saya sangat pasti dan positif dengan keputusan kamu. Jangan risau, saya tak apa-apa kerana saya kuat dan belajar untuk kuat tanpa kamu.

Untuk kamu orang yang kedua: Pesanan kamu pada hari yang best pada saya,"awak carilah org lain yg dapat mengembirakan awak, bal bla bla..."..BAIK.. saya ikut kata-kata kamu, sebab ini bukan kali yang pertama. Jadi saya bersedia untuk langkah yang seterusnya. Terima Kasih.

Di chapter hari ini pulak, ada dua cerita baru, satu, setelah lebih setahun diam membatu, ade bunyi sms,sekali,dua kali, tiga kali,empat kali, dan seterusnya sampai saya rasa malas nak membalasnya. Tiba-tiba kenapa kamu Mr. F menjelma semula, macam tau-tau saya kena mencari orang baru, tapi saya rasa tak semudah itu. Tunggulah sms-sms kamu selepas ini, apa yang kamu mahu buat??

Dua, cerita saya yang nak dikenalkan kepada seseorang oleh saudara rapat saya. Ciri-ciri; single,kerje ok,pandai memasak,rupa saya tak tahu,tapi saya kenal juga dengan parent dan adiknya, hahahaha... under consideration... Apa-apa hal pun, jodoh adalah rahsia Allah, tak siapa pun tahu.

Saya gembira dan sedih, sedih yang membuat saya menangis sampai bengkak mata... tapi tak apa sebab saya mendapat kekuatan dari suara ibu saya yang jauh dan dari suara dan ketawa serta pelukan kawan-kawan, Apa lagi yang saya perlukan?. Itu semua dah cukup untuk buatkan saya gembira. Dunia ini huru-hara dan itulah keindahanya. Hidup di dalam dunia yang huru-hara dan melakukan kesilapan-kesilapan yang biasa kita lakukan seperti mencintai orang yang salah itu adalah perkara biasa.Terima kasih juga kepada kawan-kawan GGK yang mengizinkan saya menghuru harakan keadaan mereka dengan membahan mereka, memberi gelaran-gelaran yang mengikut suka hati saya, maafkan saya kalau kamu semua ada terasa,tapi tujuan saya hanya untuk bergembira sahaja.

Banyak perkara akan berlaku dalam hidup kita. Ada cerita gembira,ada juga cerita sedih, kepada 'kamu', "saya anggap ianya pinjaman, macam buku-buku yang dipinjam dari perpustakaan. bila habis dibaca nanti, harus dipulangkan semula. Yang tinggal hanyalah cerita-cerita di setiap bab-bab didalam buku-buku yang telah habis dibaca. Tersemat rapi di dalam kepala saya"

Sekarang saya nak tenang-tenang sahaja.