Monday, December 19, 2011

PecaHHH otaKKK

Sambil duduk-duduk layan perasaan sekejap untuk 15minit.... saya tulis entri ini
Minggu ini bermula hari-hari untuk pecah otak...saya pasti bukan saya seorang.. ika, az, zaf dan yati juga senasib...

Baru terasa payahnya belajar di peringkat ni (master) kalau sudah lama meninggalkan alam kuliah...

Jadual rutin malam saya untuk hari-hari selepas ini...

Malam ini : Siapkan bahagian saya untuk final report Heat Transfer dan siapkan slide presentation sabtu ini

Malam esok : Siapkan methodology untuk final report projek Thermodynamic, sebelum kompilasi akhir sabtu ini.

Rabu mlm : siapkan assignment Applied Mechanic yang saya dapat sabtu lepas dan perlu dihantar sabtu ini.

Khamis - isnin mlm : Berkerja keras untuk menjawab ujian ulangan computational mathematic. (sangat terkedu mendapat markah ujian yang pertama.. belum pernah seumur belajar di kolej, atau universiti saya mendapat markah sebegitu...,nasib baik ade ujian ulangan, berdoa dan berharap, keputusan nanti tidak mengecewakan...)

Sabtu malam : Persediaan untuk pembentangan Heat Transfer.

Selasa malam : Siapkan assignment Thermodynamic yang baru saja diberi 2 minggu lepas

Rabu malam : Menyiapkan kesemua assignment computational mathematic yang berbaki 4 (saya wajib 'copy' and 'paste' sebab ianya melibatkan Matlab).

Dan... pada malam2 seterusnya....

kenapa malam????hehehe...

Mengulang kaji semua subjek applied mechanic,applied heat transfer,applied thermodynamic dan computational mathematic untuk peperiksaan akhir pada 7,8,14 dan 15 Januari...

Semoga saya berjaya, yeahhh!!!

kepada sesiapa yang berkenaan (ade kerr???), maaf andai dalam waktu-waktu itu ada yang tidak dipedulikan.. (kasar ek bunyinya...)




Wednesday, December 14, 2011

fiRe dRiLL

Penatnye saya turun awal guna lif nak elak turun tangga dari tkt 21...
penat sbb menunggu lama bila nk bermula fire drill...

Akhirnya jam 10.30 pg loceng barulah berbunyi...
Yang dh turun awal macam saya, lutut tak terketaq2... hehehe.. V(^_^) peace...

Monday, December 12, 2011

bEranGan..

Tengah boring tunggu adik, saya cuba publish entri guna telefon yang dikatekan bijak ini.. sudah lame nak cuba tapi xpernah nak buat...

Selepas membaca satu entri disalah satu blog travel tentang gunung bromo,tiba2 hati saya sangat melonjak2 untuk ke sana juga... bak kate cerita dongeng,"kalaulah ade doraemon, nak suruh die bawak pergi ke bromo skrg juga".
Tapi...
itu dogeng saje... yang pasti...
saya mesti mahu ke Bromo.. Insyallah jika diizinkan Allah..

Friday, November 4, 2011

Kecewa Untuk Satu Perkara, Bersedia Untuk Perkara Yang Lain

Hari ini saya sangat kecewa. Tapi harus menunjuk muka ketawa dan bahagia. Kamu yang berkenaan tentu tahu kenapa. Sudah kali ke berapa kamu buat saya kecewa.

Malam ini dan seterusnya, saya hanya mahu duduk diam menulis dan membaca sahaja. Saya harus bersedia untuk satu perkara yang lebih penting. Ujian dan ujian dan ujian dan peperiksaan.

Cerita kamu saya letak ditepi. Saya harap kamu bahagia sekalipun kamu telah buat saya sangat kecewa.

Monday, October 31, 2011

moment de bonheur

Salam

2 hari yang sudah ada seorang makhluk Allah memberitahu, katanya; "my happy moment is i feel happy when i'm with you". Oh, saya jadi salah satu happy moment orang lain, itu sangat menggharukan. Sebab apa happy, saya tidak tahu, mungkin 1 sebab, 2 atau lebih, mungkin juga saya ini kelakar orgnya,(errkk.. kelakar ke?) hehehe. Tidak kira lah ayat itu keluar dari bibir siapa, keluarga, kekasih, kawan atau sesiapa, ia membuat saya tersenyum kerana dapat menggembirakan hati orang lain.

Dalam saya sedang berusaha melawan keserabutan+ke'blur'ran+kesengalan+kestressan selepas bergelar 'budak skolah' semula, rupanya ada orang gembira saya ada dengannya. Maka, sudah semestinya saya gembira juga.

Terjumpa satu komen di dalam blog kegemaran yang selalu saya baca, "people will forget what you said and what you did, but they will never forget how you made them feel". Maybe...

Apa pun.... Terima kasih.
Je l'apprécie




Nota kaki: moment de bonheur (happy moment) , Je l'apprécie (I appreciate)

Thursday, August 18, 2011

Cerita Ramadhan ke- 17 : Bonus and Bond

Salam

Semalam dapat memo ada bonus raya yang hanya 1/2bln gaji. Sebenarnya belum pun sempat keluar memo itu saya sudah tahu dulu berita ini yang memang sahih dan dengan pantasnya menyebarkan kepada orang2 lain. Bersyukur tapi ada sedikit rasa kecewa. Kecewa bukan kerana tidak dapat bershoping sakan kerana saya tidak berniat untuk besakan-sakan hari raya kali ini tapi kerana dalam hitungan kepala ni (jika sebulan), mahu menggunakan hampir semua bonus itu untuk tujuan pendaftaran kuliah semester pertama September nanti, jadi hanya sedikit wang simpanan saya akan digunakan...hehehe

Tapi apakan daya, manusia hanya merancang sahaja, 1/2bln bonus itu wajib diterima dengan redha dan hati yang gembira, ada hikmah disebaliknya. Dan, semalam juga ada insan yang paling dekat berkata "bolehlah nanti aku tambah sikit yuran tu, dalam RMxxxx.xx" dan itu mungkin antara hikmah yang saya dapat. Ditambah juga dengan 'sponsor' yang lagi satu, Insyaallah sedikit sahaja perlu keluarkan simpanan, saya tersenyum, Alhamdulillah.


Dan sebenarnya mood semalam bercampur2 seperti dalam gambar itu



Dihari yang sama, saya menerima satu surat perjanjian antara saya dan majikan. Kerana akan menghadiri satu bengkel 3 hari "The Best Practice of Pipe Stress Analysis" pada 21-23 September depan dengan kos sebanyak RM4770, saya akan di 'bond' untuk hanya 6 bulan bermula 21 Sept-20 Mac 2012. Fewww... nasib baik 6 bulan sahaja. Masuk kali ini sudah 2x saya di 'bond' pertama dulu selama setahun dari oktober 2009 - oktober 2010.
Baiklah, selepas habis tarikh bond itu, tunggu dan lihat langkah saya akan ke mana...





Nota kaki: Perkataan 'menghadiri', mengingatkan saya pada satu ayat seorang teman yg lebih kurang begini, "berapa ramai yang menghadiri kelas tu" heheheh... belum pernah saya jumpa sahabat yang menggunakan p'kataan itu dlm perbualan.. agak skema, ye dia kadang2 skema, tapi saya selalu terhibur dengan sikap dia yang skema dan selalu naif (jgn marah ye...)


Wednesday, August 17, 2011

Lagu kiut...

Saya sangat suka mendengar lagu ini... sangat kiut bila mendengar..kiut..kiut..
Lagu itu ialah lagu nyayian Bruno Mars yang bertajuk Count on Me.
Tidak mahu meletakkan link untuk video klip atau lirik, cuma mahu mengatakan lagu ini sangat kiut.


Thursday, August 4, 2011

Tulisan Sebelum Menampal Gambar Berjalan2

Berjalan-jalan memang seronok, tetapi poket mesti mahu sentiasa berisi walau atas nama berjalan dengan berbajet ciput.

Untuk beberapa minggu sudah, secara sengaja dan ada kebetulannya saya menghabiskan masa dan wang berjalan ke Melaka dan Cameron Highland, dengan hanya berselang minggu sahaja.

Melaka, tujuan sebenar untuk merehatkan badan dan minda yang sangat bercelaru ketika itu. Adalah sangat jarang saya berada dalam keadaan seperti ketika itu. Saya ambil keputusan untuk ke Pulau Pangkor seorang diri pada awalnya, tetapi ada seoarng sahabat yang ingin juga menghabiskan cuti sebelum berpindah ke tempat lain, juga saya ajak. Ajakkan awalnya lebih kepada gurauan.
Oleh kerana kesibukan kerja dan belajar ketika itu, saya ambil keputusan ke Melaka sahaja. Sekali lagi ingin bersendiri sahaja. Tetapi saya masih memberitahu sahabat itu, dan dia mahu mengikut juga. Niat di hati tidak mahu membawa sesiapa, tetapi kerana alasan sahabat ini, lebih kurang begini, "tak elok berjalan seorang, perempuan, macam2 boleh jadi", maka kami pergi bersama.

Tanpa merancang penginapan dan destinasi sebenar di Melaka, kami meneruskan perjalanan berpandu pada GPS.

Cameron Highland, asalnya ada rancangan memanjat gunung irau bersama ahli GGK dan beberapa orang lain, tetapi banyak halangan yang melintang, rancangan itu tertangguh. Saya tidak pernah ke CH, jadi hati untuk ke situ sangat teruja sebenarnya.
Itu yang sebenarnya ada didalam lubuk hati saya, jadi saya sudah berangan2 untuk ke CH dan apa mahu dibuat di CH.
Rancangan awal mahu bersama huziana dan bai ke CH tetapi terpakasa dua beradik itu membatalkan hasrat. Mahu mengajak adik terchenta, dia sangat sibuk, juga dia sudah merancang untuk ke CH minggu hadapannya, mengajak bubui miaw miaw juga tidak dapat, dan akhirnya cuba mengajak sahabat seorang ni, lagi, dan sekali lagi dia menjadi mangsa. Mungkin atas nama kesian, dia bersetuju. Dan, kami ke CH hanya sebagai memenuhi angan saya menjejakkan kaki di Tanah Tinggi itu.

Kepada sahabat2 lain, yang agak musykil kenapa hanya kami berdua ke Melaka dan CH, itu ceritanya, bukan tidak mahu mengajak atau bertanya, tapi memikirkan tidak mahu menyusahkan sesiapa, masa, tenaga dan wang terutamanya. Bukan bermakna saya ada berlebih wang yang banyak tapi kebetulannya, saya mendapat KUTU waktu itu, saya gunakan sikit untuk tujuan itu.

Sahabat yang saya maksudkan tentu ramai yang dah tahu, Nurul. Beb, terima kasih sebab berpenat dan kesiankan saya. Juga menjadi tulip yang memegang GPS untuk ke semua tempat yang kita tuju. Saya tahu kamu letih melayan kerenah dan bebelan saya di dalam kereta, waktu lapar dan waktu marah kerana ketidaksabaran saya. Terima Kasih sekali lagi. Kepada adik terchenta juga terima kasih kerana kamu sangat memahami.

Mengapa saya menulis ini sebelum menampal gambar? saya mahu kawan2 terdekat tahu mengapa kebiasaan sekarang kami berdua. Semua kerana dia kesiankan saya. Saya berhutang kesian daripada cik Nurul.

Baiklah, itu sahaja.

Wednesday, August 3, 2011

Hari Pertama Ramadhan di Kampung

Tiada apa yang boleh menandingi keseronokkan hari pertama berpuasa di kampung, ya, tiada apa. Walau kali ini hanya bersama mak,abang dan adik sahaja semasa berbuka, sudah cukup untuk saya. Kak Long dan keluarga berbuka bersama mertua juga di kampung yang sama, abang ngah sekeluarga pulang lebih awal demi memenuhi keperluan along, si anak sulong. Tapi kami bertiga rasanya memang sudah cukup buatkan hati mak gembira.

Kalau ikutkan saya mahu lama di kampung. Saya mahu duduk rumah diam-diam melayan perut berbunyi kelaparan di rumah.

Semoga di bulan yang suci ini kita akan lebih mendapat keberkatan dan semoga saya juga boleh berubah menjadi seorang manusia yang lebih baik dari hari ke hari.

Selamat berpuasa dan berterawih untuk semua.

Friday, July 29, 2011

Saya Malu Dengan OTTO

Alhamdulillah, pagi jumaat yang redup dek kerana hujan disubuh hari ini. Walaupun jalan agak sesak, tapi saya berjaya sampai ke ofis sebelum pukul 8. Buka saja mozilla firefox, muka depan Yahoo tertera antara2 berita itu yang sangat menarik hati saya. Imej dan tajuk sahaja sudah membuat saya ketawa besar di pagi hari.
Ini ringkasanya yang sangat ringkas:


Twenty-nine pound cat goes on diet

Otto has already lost 6 pounds through diet and exercise, but he still has a long way to go. Looks like a pillow pet


Comelkan si Otto ini? Saya sangat sukakan kucing dan rasa sangat nak memeluk Si Otto. Tapi perasaan kesian juga saya rasa kerana dia sangatlah terlebih berat.

Sebenarnya......
Selepas bergelak dengan imej dan tajuk itu, saya berasa sangat malu, Si Otto boleh berdiet dan exercise, dan hasilnya telah turun sebanyak 6 pound....
Saya??? "Ya Allah, kuatkanlah semangat saya"

Wednesday, July 27, 2011

aiShiterU...

Ini hanya sebuah lagu.. saya sangat suka mendengarnya, agak catchy dan boleh membuat saya tersenyum...
Tapi saya hanya tuliskan liriknya sahaja kerana di dalam kepala sudah menghafal tiap bait2 lagu ini dengan lajunya....pagi ini saje saya telah berjaya membuang cas-cas (-ve) yang melekat dalam badan saya selepas mendengar lagu ini...kurang menariknya hasil muat turun dari 4shared bunyinya tidak sama dengan versi radio dan U-tube..



Tajuk: Aishiteru
By: Zivilia Band

Menunggu sesuatu yang sangat menyebalkan bagiku
saat ku harus bersabar dan terus bersabar
menantikan kehadiran dirimu
entah sampai kapan aku harus menunggu
sesuatu yang sangat sulit tuk kujalani
hidup dalam kesendirian sepi tanpamu
kadang kuberpikir cari penggantimu
saat kau jauh disana

walau raga kita terpisah jauh
namun hati kita selalu dekat
bila kau rindu pejamkan matamu
dan rasakan a a a aku
kekuatan cinta kita takkan pernah rapuh
terhapus ruang dan waktu
percayakan kesetiaan ini
pada ketulusan a a ai aishiteru

Gelisah sesaat saja tiada kabarmu kucuriga
entah penantianku takkan sia-sia
dan berikan satu jawaban pasti
entah sampai kapan aku harus bertahan
saat kau jauh disana rasa cemburu
merasuk kedalam pikiranku melayang
tak tentu arah tentang dirimu
apakah sama yang kau rasakan


saatku sendiri pikiran melayang terbang
perasaan resah gelisah
jalani kenyataan hidup tanpa gairah
o…uo..
lupakan segala obsesi dan ambisimu
akhiri semuanya cukup sampai disini
dan buktikan pengorbanan cintamu untukku
kumohon kau kembali

Kimita touku kitemo (meski pun kamu jauh)
kiminoi shuaga sinagaru tala (aku tetap mengingatimu selalu)
Shiniteruyo (percayalah)
Shiniteruyo (percayalah)



Tuesday, July 19, 2011

Terima Kaseh

Semalam saya menerima bungkusan hadiah, isinya berwarna putih, warna kegemaran saya. Katanya sempena hari lahir saya yang sudah lama berlalu. Tak mengapa, kerana saya tidak pernah mengharap apa2 dari 'kamu' kerana cukup dengan kamu ada.

Dua hari lepas, satu pemberian juga saya terima, lalu dua malam ini saya sudah 'melanyaknya'..hehe

Kepada kedua2 mereka itu, TERIMA KASEH, ikhlas dari saya.

Friday, July 15, 2011

I am Grass-Fragrance Type

Pagi tadi saya bangun awal, alhamdulillah, saya dapat bangun sblm jam 4. Sebenarnya sudah lama juga hampir sebulan saya cuba untuk bangun awal jam begitu, tetapi saya selalu gagal.

Pada saya ini petanda baik, Ramadhan pun hampir dekat dan pepriksaan akhir untuk kertas-kertas tambahan lagi seminggu. Jadi, waktu-waktu begitu saya fikirkan adalah sangat sesuai untuk aktiviti mengulang kaji sebelum periksa dan aktiviti kerohanian semasa bulan Ramadhan, InsyaAllah.

Sudah lama saya berangan untuk memasukkan gambar-gambar percutian2 saya, tapi nampaknya belum berkesempatan. Jadi hari ini secara kebetulan saya membuka email-email lama, saya terjumpa satu email berkenaan melihat karakter diri. Saya mencuba, dan hasilnya:

You Are The Grass- fragrance Type

You are very strong will, not dependant on others and gives an impression of being a lone-ranger. You are extremely curious and sensual, living a clear-headed, modern life. At first glance you place yourself on a pedestal, and are difficult to get along. But once others talk to you, they know you are easygoing. And when the relationship develops, they realise you are affable. You are an androgynous charm, which makes you popular with all genders. But you dont like your weak side to be seen. You might look cool on the surface, but beneath it all, you are really passionate. Only people know your true self can maintain a long-lasting relationship with you

Memetik beberapa kenyataan teman rapat sebelum-sebelum ini, begitulah karakter saya.

Yang penting saya adalah saya... erkk, ade ke org lain yang tidak mahu menjadi diri sendiri??

Friday, July 1, 2011

Perkara Remeh Saje...

Tidak terlalu lama saya melupakan semua kesedihan-kesedihan saya, tapi sebenarnya sejak dari lepas berenang-renang di kolam semalam, hati saya sangat sebak, sedih secara tiba-tiba. Banyak perkara dengan gelojohnya masuk ke dalam kotak pemikiran saya. Sambil memandu saya menangis tersedu tapi dapat saya kawal sebelum sempat adik masuk ke dalam kereta. Dua hari sudah saya tidak menelefon emak terchenta sebab saya takut saya akan mula menangis bila mendengar suara emak. Makan? sebab itulah saya jadi banyak makan semula, hanya kerana perkara-perkara remeh ini, 'goblok'nya saya. Nasib baik juga ada perlawanan tenis Wimbleldon setiap malam yang menyebabkan hati saya boleh melompat gumbira. Bersukan adalah terapi terbaik untuk saya, maka menuntun sukan kegemaran boleh membuatkan emosi saya 'high fly'..

Dan, hari ini ada deringan telefon dari teman saya, seolah tahu saya memerlukan dia. Terima kasih.

Tuesday, June 21, 2011

Backup Phone

Niat sebenar saya untuk berblog dan menyambung penulisan bab berjalan2 di JB dan Singapura terpaksa saya lupakan untuk malam ini. Saya perlu mentelaah buku pelajaran. Mungkin agak sangap untuk berbuat begitu tapi saya tiada pilihan.

Cuma malam ini saya tulis nota pendek kerana teringat kisah siang tadi. Ada seorang teman yang memberitahu saya bahawa dia mahu mencari 'back-up phone'. Yang seronoknya untuk diceritakan ialah, 'back-up phone' itu mungkin sejenis telefon pintar yang sangat fofular di zaman ini, i-phone. Selalunya telefon pintar menjadi pilihan pertama dan telefon 'biasa-biasa' adalah sebagai back-up phone.

Saya tahu dia hanya bergurau, dan saya juga hanya bersenda gurau di sini. Kepada yang empunya diri, kamu memang pandai bergurau, hahaha....

Friday, June 17, 2011

Hidup Ini Hebat, Kan?? Mari Terus Maju...

Hari ini saya mahu terus maju ke hadapan. Saya tidak mahu hidup dalam banyak cerita kemurungan dan kesedihan. Selama ini saya gembira dan ada masa terlalu gembira, jadi sekarang saya tidak mahu terlalu gembira. Saya harus gembira pada kadar yang biasa-biasa sahaja. Banyak lagi perkara-perkara yang harus saya raikan dalam hidup ini. Contohnya, memanjat bukit dan gunung-gunung yang belum dipanjat, makanan sedap dan muvi2 yang best untuk ditonton.

Esok bermula sesi kuliah untuk kelas 'Top-up' di UPM. Maka dengan ini saya sangat pasti, hari-hari saya selama sebulan lebih akan datang akan jadi sangat sibuk dan sibuk. Bak kata jiran sebelah cubic saya, "dah tua-tua belajar..." ayat itu saya tau hanya gurauan, tapi realitinya betul, bila dah berumur sikit, rasa malas itu ada lebih lagi sudah 4 tahun meninggalkan kuliah. Bukan saja malas, lambat tangkap mungkin juga..hahahaha

Apa yang pasti, saya sudah buang kemurungan dan kesedihan tahap dewa itu jauh-jauh. Terima Kasih kepada Ustazah mengaji saya kerana mengajarkan ayat penghilang duka. Saya teringat ketika dia memberikan ayat itu, sambil bersalam dan mencium tanganya, ustazah berkata "fadzilah, jangan sedih-sedih lagi ye, amalkan bacaan ayat itu". Saya tergamam tanpa berkata dan hanya tersenyum malu sambil terdetik di hati " macamana ustazah tau saya sedang bersedih?"
... tiada jawapan.

Saya sertakan ayat penghilang duka, diambil dari Surah Yassin, ayat 76. Mari kita sama2 amalkannya, InsyaAllah.


Maksudnya: Maka janganlah engkau (wahai Muhammad) berdukacita disebabkan tuduhan-tuduhan mereka (terhadapmu). Sesungguhnya Kami mengetahui apa yang mereka rahsiakan dan apa yang mereka nyatakan.

Mari kita maju ke hadapa...

Thursday, June 16, 2011

Jika Saya Lari, Siapa Yang Akan Kejar?

Tiga hari ini saya merasa seperti orang yang ada berat tapi hanya lemak dan daging yang meliputi badan saya, tidak ada tulang. Kaki saya sangat longlai untuk melangkah. Saya rasa sudah lama saya tak merasa seperti ini, tapi sekarang saya rasa semula. Saya rasa cukup penat. Saya rasa sangat tak berdaya. Pada kebanyakan yang mengenali saya tahu saya sangat kuat malah ada yang kata saya sangat tabah, tapi untuk ketika ini kekuatan itu hilang. Saya tak tahu lenyap ke mana.

Buat masa ini saya perlukan rasa terasing. Mungkin saya harus pergi ke tempat yang asing yang hanya dikelilingi orang yang asing. Saya mahu duduk bersembang berdua di bawah pokok sambil ditiup angin laut atau hanya duduk diam sahaja di situ. Dengan siapa? Saya sendiri tidak tahu, tapi satu yang sangat pasti, saya tahu saya mahu lari. Adakah orang yang akan kejar?

Saya hanya mahu lari untuk melupakan sekejap dunia yang penuh kebisingan dan huru-hara ini.

Walaupun saya tahu DIA tidak pernah lari meninggalkan sesiapa dan harus berbalik padaNYA, saya hanya mahu lari sekejap.

"believe in Up Above, then somehow someway HE'll show u the way"

Wednesday, June 15, 2011

Berjalan Ke Johor; Aktiviti 1: Majlis Kahwen

Hari minggu lepas, 11&12 Jun, hari saya dipenuhi bersama 3 orang teman; adik,nurul dan huz bersama-sama pulang ke Kota Tinggi,tempat tumpah darah saya.


Tujuan asal memenuhi ajakan nurul menemani dia ke majlis kahwen teman baiknya, Ija. Dilihat dari ekspresi wajah dan gaya percakapan sudah tahu memang dia sangat teringin untuk ada dimajlis teman baiknya itu. Sebagai membalas jasa kerana sering tidak menolak setiap pertolongn yang diminta dan kebetulan juga saya mahu pulang ke kampung untuk mengambil buku rujukan yang akan digunakan untuk kuliah kertas tambahan yang bermula minggu ini, saya setuju untuk bersama menempuh lebuhraya utara-selatan. Bersama 2 lagi ahli GGK, (tapi bukan aktiviti rasmi GGK) kami memandu WRS ke Johor. Sebenarnya saya sangat suka untuk memandu si hitam manis WQY tapi memikirkan apa salahnya WRS di bawa jalan jauh sekali sekala, saya meminta empunya si merah mengizinkan dia dibawa. Saya bukan mengambil kesempatan ye.


Perjalanan kami berhenti di Muar dan kami bermalam di sana. Saya dapat berjumpa dengan bonda tercinta di sana, jadi saya merasa lega dan seronok. Yeay!!









Selamat Pengantin Baru buat Ija dan suami, semoga bahagia ke akhir hayat.


Tamat aktiviti 1. Akan bersambung Aktiviti lain dientri selepas ini.






































Tuesday, June 14, 2011

Tulisan Selepas Terjaga Dari Tidur

Malam ini saya mahu menulis. Saya duduk berseorangan di dalam bilik. Sendiri.
Sesetengah orang; Keluarga, kawan-kawan, Kekasih (tak lagi sekarang), mereka tidak sedar betapa yang saya sayang mereka. Sayangkan mereka dengan sepenuh hati. Tatkala saya cuba berikan semua kasih sayang saya itu, adakalanya atau selalu saya akan keliru.

Walaupun saya cuba lakukan yang terbaik, walaupun saya cuba berikan komitmen yang tinggi, adakalanya saya akan melakukan kesilapan. Hantu yang benama kesilapan memang selalu mengacau hidup saya. Cara yang terbaik untuk mengatasi kesilapan itu ialah belajar daripada kesilapan tersebut dan cuba jadi yang lebih baik.

Apabila terjadi sesuatu perkara terhadap orang yang saya sayang, saya akan menggelabah, saya akan risau dan kadangkala terlalu 'over reacting atau 'too sensitive'. Saya akan rasa kecewa dan sedih apabila saya buat orang yang saya sayang>> sedih,kecewa,menagis atau hampa. Itu adalah perasaan yang normal untuk manusia yang normal.

Namun, jauh di dalam lubuk hati saya yang berkarat ini, saya ambil berat terhadap semua orang-orang yang rapat dengan saya>> keluarga dan kawan-kawan. Mungkin cara saya salah atau mungkin cara saya tidak disenangi oleh sesetengan orang. jadi, disitulah orang-orang yang saya sayang ini perlu memainkan peranan. Membantu saya mengemudi kapal di lautan yang luas, menunjukkan kepada saya jalan yang mana perlu diikut. Jika tidak, saya pasti akan sesat.

Yang saya panggil kawan..

kadangkala saya akan berlaku kejam terhadap orang-orang yang saya sayang. Saya berfikir,kadangkala dengan terlalu kejam, mungkin mereka akan sedar dan tahu mengapa dan kenapa saya berbuat begitu. Mungkin saya boleh jadi 'over-protective', mungkin saya terlalu sensitif atau terlalu beria-ia atau mungkin juga tindakan saya tu betul, mungkin juga salah. Saya sendiri tidak pasti. Satu yang pasti, setiap orang yang berada di dalam lingkungan saya, haruslah dijaga dengan rapi. Harus saya cuba lindungi sebaik mungkin. Mungkin kadangkala saya tidak tunjukkan secara zahir, tetapi memadai jika dapat dirasakan dengan batin.

Kawan-kawan bukan hanya tempat untuk bergembira, mereka harus ada sentiasa, tidak kira di waktu sedih, marah, kecewa atau apa saja. Saya ada kawan-kawan yang sanggup menangis kerana saya dan sentiasa ada untuk menggembirakan saya.

Bila saya sudah tiada lagi nanti, saya harap mereka kawan-kawan saya sentiasa ada untuk bacakan Al-Fatihah daripada hati mereka yang mulia, (kawan-kawan saya mulia di mata saya).

Saya sudah mengarut dan saya rasa harus berhenti menulis sekarang.

Thursday, June 9, 2011

Tulisan Berat untuk Seoarng Teman Yang Saya Rindu

Mendengar satu lagu diradio semasa memandu ke tempat kerja, pagi ini saya ingin menulis tentang rasa rindu pada seorang teman yang sangat rapat dan melekat di hati saya. Sebenarnya baru seminggu lepas kami berjumpa setelah saya rasa hampir empat bulan tidak berjumpa. Untuk istilah teman rapat, jangka masa empat bulan itu amat pelik saya rasa, tanpa khabar berita, sms sekalipun. Dalam tempoh itu, sms saya sangat jarang dibalas, telefon apelagi, tidak berangkat, pernah katanya sibuk dengan urusan kerja.

Kehidupan saya untuk 6 tahun ini banyak dikongsi bersama dia. Dia banyak mengajar saya erti kesabaran, memahami dan menghormati kehendak orang lain, bersikap positif dalam banyak hal. kalau disebutkan memang terlalu banyak perkara yang kami kongsi bersama. Dan saya rasa dia lebih memahami diri saya lebih dari diri saya sendiri.

Untuk kamu wahai teman, saya tahu sebenarnya kamu menghadapi waktu-waktu yang sukar sebelum ini dan mungkin sekarang masih lagi. Percayalah saya masih ada lagi disini sama seperti dulu, tidak pernah lari dari menjadi diri saya sendiri. Kita masih lagi boleh bercerita,bergurau senda dan bernyanyi bersama-sama.

Maafkan saya kerana saya pernah tidak cuba memahami situasi awak sebelum ini. Menyalahkan awak kerana tidak ada bersama-sama saya ketika saya menghadapi waktu-waktu yng sukar.

Tulisan pagi hari ini saya ingin menyatakan saya rindu pada semua perkara yang pernah kita kongsi bersama, masakan awak, kari ayam,sup ayam, nasi ayam dan trifle sedap awak itu. Dan yang pasti, bebelan awak pada semua kedegilan-kedegilan saya.

Saya gembira untuk berita gembira awak itu, saya doakan semua yang terbaik untuk awak sekeluarga, terutama nyawa baru yang bakal lahir untuk menjadi penyeri kehidupan awak suami isteri. Ameen....

Saya rindu.....






Wednesday, June 8, 2011

Nota pendek: Purple Day

Setiap kali memakai baju malas (merujuk kepada baju kurung) berwarna pepel, setiap kali itu mesti sama dengan mamat ofis yang seorang ini, Meor spartan (nama fb nya). Bukan sekali,dua kali,tiga kali..berkali-kali. Tidak ada apa, kami rakan baik sekerja, rakan se 'practical training' thn 2006,rakan gossip,rakan bising,rakan segonjeng dan rakan bergurau (bersama-sama dua tiga rakan yang lain) di tempat kerja. Kepada tunangannya, cik Liza, no worry...hehehe.
Bermula bulan julai ini tak perlu saya risaukan lagi kerana enchek meor akan bertukar ofis... paling kuat boleh bergossip di emel dan telepon..hahaha



Gambar di atas menggunakan kamera nokia 2.0 megapixel, jadi namapak blurr sikit mugkin.

Tuesday, June 7, 2011

Tanjung Pagar

Ahad minggu yang lepas, saya melihat di kaca tv satu berita pendek tentang Stesen keretapi Tanjung Pagar, Singapura. Pada 1 julai 2011, perkhidmatan kereta api ke Stesen tanjung Pagar dan Bukit Timah akan ditamatkan dengan keretapi Tanah Melayu (KTMB) akan mengakhiri perkhidmatan kereta api itu di Woodlands train Checkpoint (WTCP). Tidak tahu mengapa dan kenapa, saya seperti merasa terpanggil untuk menjejakkan kaki ke stesen itu. Jika saya mengira-ngira waktu yang ada dengan kepadatan jadual mingguan saya, rasanya tidak sempat untuk saya menjejakkan kaki di situ.

Sedikit sejarah Stesen kereta api Tanjung Pagar, saya petik tanpa meng 'edit' sepatah pun dari Utusan Malaysia:

Stesen Tanjong Pagar ini dibina untuk menggantikan stesen kereta api Tank Road yang dibina tahun 1903 dan merupakan terminal keretapi pertama di Singapura. Keunikan Tanjong Pagar adalah hentian terakhir jaringan pengangkutan keretapi di hujung benua Asia. Walaupun berada di tengah-tengah negara lain, stesen Tanjong Pagar adalah pintu masuk ke negara ini bagi mereka yang memilih menggunakan perkhidmatan kereta api.


Picture credit to Aryna

Picture credit to Aryna

Stesen ini juga menjadi kelangsungan pada sejarah awal perkhidmatan kereta api ke Singapura. Ia bermula apabila Sultan Johor ketika itu, Sultan Abu Bakar menerima permintaan British untuk membina laluan kereta api dan pembinaannya dirasmikan pada 1909. Apabila berakhirnya riwayat Tanjong Pagar sebagai sebuah stesen, ini bermakna Tanjong Pagar juga menjadi penutup perkhidmatan kereta api di Singapura.

Pembukaan Tambak Johor pada 28 Jun 1924 menjadi pemangkin kepada perkhidmatan keretapi yang menghubungkan Singapura dengan negara ini. Stesen penuh sejarah ini menjadi suatu yang sering mengusik "keamanan dan persefahaman" Malaysia dan Singapura. Akhirnya terusir juga sebuah stesen kereta api milik Malaysia yang membelah republik itu. Semoga Singapura tidak memadamkan sejarah stesen Tanjong Pagar seperti terpadamnya sejarah Temasik.

Diikutkan mungkin tiada apa yang menarik di situ (mungkin), tapi entah kenapa saya merasa sangat ingin ke sana sebelum ianaya hanya dijadikan tatapan sebagai tinggalan sejarah.

Bila?


Monday, June 6, 2011

Fadd Gojes

Pagi-pagi lagi sudah ade kawan yang bernama kam memanggil 'fad gojes' dan selepas itu menyuruh saya membaca email. Rupanya ada email dari lead stress saya memberitahu dia bercuti, begini isi kandungan email itu:

"I'll be on leave on monday and tuesday (6&7 June). insyaAllah..
For Samarang pipe stress, pls liase with naim or fad gojes.
"

Saya hilite kan nama saya itu supaya nampak, dan yang sangat bagusnya email itu dihantar ke seluruh department saya, Mechanical Dept, yang seramai kurang atau lebih 80 org, dan kepada seorg staf mekanikal di Kerteh yang biasa saya hubungi untuk hal kerja, dan bermakna boss besar saya En ASAM dan sesiapa sahaja yang tidak mengetahui panggilan itu, secara rasminya tahu itu adalah nama timangan saya. Perasaan geram pun ada, tapi bukanlah geram marah sebab tak ada sebab yang sgt munasabah nak marahkan lead saya itu. Perasaan nak menghempok dia ada juga, sebabnya itu boleh juga dikira email rasmi yang menyatakan ketidak hadiran kami2 ke ofis.

Pada saya sendiri, mungkin boss tidak mengambil port langsung hal2 begini kerana dia tahu, kami2 anak buah dia memang kuat bergurau sesama sendiri. Cuma rasa janggal kerana ada antara kawan2 yang tidak begitu rapat (selain meor dan kim yg selalu memanggil saya begitu, atau kam atau kherol) lalu di sebelah cubic saya memanggil saya 'fad gojes'.

Kawan2 rapat GGK mungkin sudah tahu sejarah panggilan itu. Jadi biarlah panggilan itu kekal sampai bila2 untuk kenangan di hari2 tua nanti.... Saya berangan juga untuk menjadi 'gorgeous' yang sebenar, tapi entah bila dapat di'real' kan. Tidak mengapa kalau bukan sekarang saya nak berusaha ke arah itu (ini adalah ayat poyo saya).

Yang pasti, saya mahu hati saya tetap gojess seperti sekarang dan sentiasa gojess untuk selamanya, Amin...

Kepada enchek Masyudi Manas, siap kamu hari rabu nanti...


Saturday, June 4, 2011

Tulisan sebelum Maghrib: TAKDIR

Ini bukan tulisan hati saya tapi sebuah syair yamg dilagukan oleh Opick bersama Melly Goeslow bertajuk TAKDIR


Dihempas gelombang dilemparkan angin
Sekisah ku bersedih ku bahagia
Di indah dunia yang berakhir sunyi
Langkah kaki didalam rencanaNya

Semua berjalan dalam kehendakNya
Nafas hidup cinta dan segalanya

Dan tertakdir menjalani segala kehendakMu
Ya RABBI
ku berserah ku berpasrah hanya padaMu
Ya RABBI

Bila mungkin ada luka cuba tersenyumlah
Bila mungkin tawa cuba besabarlah
Kerana airmata tak abadi
Akan hilang dan berganti

Bila mungkin hidup hampa dirasa
Mungkinkah hati rindukan Dia
Kerana hanya denganNya hati tenang
Damai jiwa dan raga


~Mari kita solat maghrib bersama~

Thursday, June 2, 2011

Blues Sebelum Subuh: Jam Tangan

Menulis dari dalam bilik diwaktu subuh.

Ketika ini saya sudah mengenakan pakaian untuk ke tempat kerja, tapi saya menghadapi kesukaran untuk memilih jam tangan yang ingin saya pakai. Setiap hari sebenarnya begitu kerana saya mempunyai koleksi jam yang lebih dari 3. Itu antara kesukaan dan kegemaran saya, mengumpul jam tangan, tapi bukanlah dari jenama yang mahal sangat, cuma berjenama biasa. Ada yang saya beli sendiri dan ada juga dari pemberian teman. Dalam tempelan gambar itu cuma 5/8 dari koleksi saya, yang tersimpan ada lagi 2 utas, tapi kalau dikira dengan yang telah dikidnap oleh manusia lain, ada 11 semuanya.


Sambungan penulisan selepas subuh di atas meja di ofis saya.........

Ada masa juga saya bertukar-tukar jam mengikut keperluan, tapi kadang-kadang saya rasa sangat poyo bila berbuat begitu. Oleh kerana disebabkan salah satu jam itu tidak menggunakan kuasa bateri dan pemberian teman yang istimewa, jam tangan itu sentiasa melekap di tangan saya. Jam tangan digital pemberian adik, selalu saya gunakan unuk aktiviti lasak sahaja.


Bercerita tentang jam tangan, saya adalah manusia yang paling huru hara bila tidak memakai jam tangan dalam sehari, dan tiap waktu mata saya akan menjeling ke arah tangan lebih dari 3 kali dlm seminit, ye, itu sudah pasti.

Dan yang paling pasti, saya akan menghadiahkan teman-teman yang sangat50x istimewa dihati saya seutas jam tangan. Pada mereka-mereka yang saya panggil teman, pemberian jam tangan itu tanda kamu sangat 50x istimewa dihati saya.

Wednesday, June 1, 2011

Saya Mesti Melawan perasaan Yang Menyusahkan Itu

Saya terasa seperti ada yang mencekik-cekik leher saya dan menyocok-nyocok mata saya sekarang ini. Tangan saya tak henti-henti menggeletar dari semalam petang, semenjak mendapat sms itu. Kepala saya melayang ke arah yang pelik-pelik dan ini semua membuatkan hidup saya huru-hara. Pada mulanya memang marah, tapi bila diam dan berfikir, saya sedar, tak mengapa, ini semua ujian Tuhan buat saya.

Saya terima. Walaupun nanti akan ada waktu-waktu sunyi dan hantu kesedihan akan datang mengganggu hidup saya. Tak apa, saya masih ada mak yang cukup setia bersama susah senang, adik dan kawan-kawan yang cukup boleh membuatkan saya ketawa dan menghalau hantu kesedihan itu.

Ok, saya harus berhenti. Jika saya terus menulis lagi waktu ini, pasti hantu kesedihan datang lagi dan kerja saya tidak siap. Saya tidak mahu.

Waktu begini.... kerja....

Sunday, May 22, 2011

Ahad, 22 Mei 2011: 2 Wayang, Marathon ke???

Selesai sudah sessi menonton 2 filim yang tengah hot sekarang ni. Pirates of caribean; On Stranger Tides dan Nur Kasih the Movie. Saya telah menonton bersama-sama adik saya, Nurul tulip, huzz dan adik huz, Bai. Tapi di entri ni saya bukan pulak nak menceritakan sinopsis cerita-cerita ini sebab saya tahu dah banyak entri-entri atau kupasan2 cerita2 ini di blog2 orang lain. Plan nak tengok 2 cerita ni dah saya buat bersama cik tulip semasa bersama-sama menonton filem Just Go With It sebulan yang lalu dan diungkit semula semasa menonton filem Thor. 2 filim dalam sehari, marathon ke itu??. Belum cukup rasanya nak panggil marathon, tapi bolehlah untuk memenuhkan suku hari dalam sehari putaran waktu.

Ketika menulis entri ini, saya teringat zaman belajar diploma di sebuah tempat di Bandar Johor Bahru, pada ketika saya berumur 18-21 tahun, zaman badan sweet sedikit masa tu. Movie marathon ni memang sangat biasa saya kerjakan, 4 filem dalam sehari pun pernah saya buat. Masa zaman inilah saya sangat menggila menonton wayang, tak mengira genre apa sekalipun, melayu dan omputih, hindi dan cina, semua boleh saya layan. Itupun kerana ada sahabat setia yang bersama-sama berkongsi hobi, Niza, ye, dialah orangnya setia bersama menjadi mahluk yang tamak haloba menonton filim. Tamak adalah satu penyakit yang tidak baik untuk dijadikan amalan, oleh itu, jauhi sifat tamak. Dengan sebab movie marathon juga saya boleh bercerita mencampurkan dua ke tiga cerita dalam satu masa, inilah akibatnya dari sifat tamak itu. Tapi itu cerita lama. Ada satu masa, selama hampir 2 tahun selepas2 itu, saya tidak langsung menjejakkan kaki ke panggong wayang. Dan sekarang, saya tidak lagi menjadi tamak, walaupun ada rancangan mahu menonton 3 filim hari ini, niat itu saya batalkan.

Baiklah. Sekarang saya kupas sedikit pandangan peribadi saya untuk 2 filim yang saya tonton hari ini.




#1 Pirate of Caribbean: On Stranger Tides, 11.45am


Jalan cerita masih lagi menarik untuk ditonton, tidak menghampakan. Seperti biasa watak utama Jack Sparrow (Johny Depp) telah menghidupkan keseluruhan cerita ini. Dengan jujur, saya menonton filem ini kerana karakter utama, Jack Sparrow, kapten lanun yang pintar dan kelakar. Saya sangat suka cara dia berjalan dan berlari. Saya tidak mahu memberi bintang, tapi tidaklah rugi untuk menonton filim ini.


#2 Nur Kasih The Movie, 3.35pm


Filim ini merupakan kesinambungan daripada drama siri TV popular Nur Kasih. Sesiapa yang pernah menjadi peminat setia cerita ini setiap minggu malam sabtu, saya sangat pasti, akan tergerak hati untuk menonton filim ini, jadi saya antara orang-orang itu. Jalan cerita agak perlahan sehingga saya boleh terlelap ketika menonton. Dari sudut sinematografi, saya amat suka. Secara jujur, penceritaan dalam filim ini tidak dapat menandingi siri-sirinya yang ada di kaca TV, mungkin kerana durasinya yang pendek. Jadi pada saya, biasa-biasa sahaja.


Ye, duduk di dalam panggong wayang sambil bergelak tawa bersama kawan-kawan, saya sangat suka.










Thursday, May 19, 2011

h3ro

Semasa saya menunggu adik di dalam kereta, tangan saya asyik dengan nokia kecik saya. Saya sayang nokia ni, ialah dah berpuluh kali badan dia menghentam lantai rumah, sakit-sakit badan dia terhantuk tar parking... tapi dia tetap setia. Nombor yang dia pakai saya beli dengan harga rm5 di satu hari di sebuah konsert di Bandar Darul Aman pada tahun 2005. Zaman belajar, rm5 tu satu besar rahmat pada saya lagi pulak dapat saya gunakan untuk berkomunikasi dengan teman rapat saya ketika itu. Bermakna nombor itu ada sentimentel value. Tapi semua itu dah pun berlalu.

Sekarang saya berkira-kira nak menamatkan riwayat nombor celcom ni. Dalam asyik jari menekan-nekan butang nombor, saya terjumpa satu nama yang sangat dekat dihati saya, 'h3ro'. Saya boleh agak, lebih sebulan saya tak menelefon nombor itu. Dua tahun kebelakangan ini, salah satu hobi saya ialah menelefon nombor ini. sebelum 2 tahun ini, tuan punya nombor ini sangat suka bercakap dengan saya, saya pun merasa yang sama. Yang paling saya tak boleh lupa bila bercakap dengan hero saya yang seorang ni, sedang seronok bercakap, dia boleh saje sesuka hati mematikan perbualan kami. Saya tahu dia bukan marah, tapi memang itu kebiasaan dia, memberi salam bila memulakan bicara, tapi diakhir bicara, tup! terus hilang suara....Saya pun tak marah kerana saya tahu mungkin dia ada sedikit masalah pendengaran, hehe..tak mengapa, sebab dia buah hati pengerang jantung saya. wahai sang h3ro, saya sangat rindu, sangat,sangat,sangat dan sangat.

h3ro saya itu ialah ABAH saya... ye.. dia h3ro saya, nombor itu saya simpan lagi buat kenang-kenangan, walaupun tiap kali saya dail, ada suara "nombor yang anda dail tiada dalam perkhidmatan kami". Kalau nak kata saya macam kurang siuman, tak apalah tapi dengan cara macam itu jugaklah yang boleh buat saya hilang rindu pada h3ro saya. Suara h3ro masih kuat terngiang-ngiang di kepala saya...Anak abah katakan... degil saya, garang saya, senyum saya, sifat jenaka saya, cerewet saya, manja saya, semuanya ikut abah, sebab itu dia adalah h3ro saya.

Semoga Abah bersemadi dengan tenang 'di sana'..Al-fatihah.

Monday, May 16, 2011

Blues Depan TV

Saya menulis didepan tv sebab sy sdg menonton tv tapi dalam kepala saya macam-macam yang saya fikirkan.
Dua tiga hari ni saya merasa super happy sebab ada kawan-kawan disisi. Saya gembira sebab sentiasa ada kawan-kawan untuk menggembirakan saya. Sambut besday bersama dengan riang gembira. Terima kaseh ye kawan-kawan, kawan-kawan opis dan terutama kawan-kawan GGK, GGK's kamu semua amat khas dihati saya. You all resemble so much happiness to me, and will hot glue gun all of you to somewhere next to mine.

Di satu chapter lain, di hari yang mengembirakan saya, ada cerita sedih disebaliknya. Untuk dua orang yang berbeza, saya tau kamu pasti membaca tulisan saya ni sebab kamu mesti nak tau tentang diri dan hati saya cuma cepat atau lambat kamu baca. Untuk kamu orang yang pertama: saya pernah tulis ini kepada kamu,"saya tahu suatu hari nanti kamu akan pergi, waktu itu saya harap saya sudah mampu berdiri kembali. Berjalan,bersenang-senang dengan hati yang tenang-tenang saje" Saya sangat pasti dan positif dengan keputusan kamu. Jangan risau, saya tak apa-apa kerana saya kuat dan belajar untuk kuat tanpa kamu.

Untuk kamu orang yang kedua: Pesanan kamu pada hari yang best pada saya,"awak carilah org lain yg dapat mengembirakan awak, bal bla bla..."..BAIK.. saya ikut kata-kata kamu, sebab ini bukan kali yang pertama. Jadi saya bersedia untuk langkah yang seterusnya. Terima Kasih.

Di chapter hari ini pulak, ada dua cerita baru, satu, setelah lebih setahun diam membatu, ade bunyi sms,sekali,dua kali, tiga kali,empat kali, dan seterusnya sampai saya rasa malas nak membalasnya. Tiba-tiba kenapa kamu Mr. F menjelma semula, macam tau-tau saya kena mencari orang baru, tapi saya rasa tak semudah itu. Tunggulah sms-sms kamu selepas ini, apa yang kamu mahu buat??

Dua, cerita saya yang nak dikenalkan kepada seseorang oleh saudara rapat saya. Ciri-ciri; single,kerje ok,pandai memasak,rupa saya tak tahu,tapi saya kenal juga dengan parent dan adiknya, hahahaha... under consideration... Apa-apa hal pun, jodoh adalah rahsia Allah, tak siapa pun tahu.

Saya gembira dan sedih, sedih yang membuat saya menangis sampai bengkak mata... tapi tak apa sebab saya mendapat kekuatan dari suara ibu saya yang jauh dan dari suara dan ketawa serta pelukan kawan-kawan, Apa lagi yang saya perlukan?. Itu semua dah cukup untuk buatkan saya gembira. Dunia ini huru-hara dan itulah keindahanya. Hidup di dalam dunia yang huru-hara dan melakukan kesilapan-kesilapan yang biasa kita lakukan seperti mencintai orang yang salah itu adalah perkara biasa.Terima kasih juga kepada kawan-kawan GGK yang mengizinkan saya menghuru harakan keadaan mereka dengan membahan mereka, memberi gelaran-gelaran yang mengikut suka hati saya, maafkan saya kalau kamu semua ada terasa,tapi tujuan saya hanya untuk bergembira sahaja.

Banyak perkara akan berlaku dalam hidup kita. Ada cerita gembira,ada juga cerita sedih, kepada 'kamu', "saya anggap ianya pinjaman, macam buku-buku yang dipinjam dari perpustakaan. bila habis dibaca nanti, harus dipulangkan semula. Yang tinggal hanyalah cerita-cerita di setiap bab-bab didalam buku-buku yang telah habis dibaca. Tersemat rapi di dalam kepala saya"

Sekarang saya nak tenang-tenang sahaja.