Thursday, August 18, 2011

Cerita Ramadhan ke- 17 : Bonus and Bond

Salam

Semalam dapat memo ada bonus raya yang hanya 1/2bln gaji. Sebenarnya belum pun sempat keluar memo itu saya sudah tahu dulu berita ini yang memang sahih dan dengan pantasnya menyebarkan kepada orang2 lain. Bersyukur tapi ada sedikit rasa kecewa. Kecewa bukan kerana tidak dapat bershoping sakan kerana saya tidak berniat untuk besakan-sakan hari raya kali ini tapi kerana dalam hitungan kepala ni (jika sebulan), mahu menggunakan hampir semua bonus itu untuk tujuan pendaftaran kuliah semester pertama September nanti, jadi hanya sedikit wang simpanan saya akan digunakan...hehehe

Tapi apakan daya, manusia hanya merancang sahaja, 1/2bln bonus itu wajib diterima dengan redha dan hati yang gembira, ada hikmah disebaliknya. Dan, semalam juga ada insan yang paling dekat berkata "bolehlah nanti aku tambah sikit yuran tu, dalam RMxxxx.xx" dan itu mungkin antara hikmah yang saya dapat. Ditambah juga dengan 'sponsor' yang lagi satu, Insyaallah sedikit sahaja perlu keluarkan simpanan, saya tersenyum, Alhamdulillah.


Dan sebenarnya mood semalam bercampur2 seperti dalam gambar itu



Dihari yang sama, saya menerima satu surat perjanjian antara saya dan majikan. Kerana akan menghadiri satu bengkel 3 hari "The Best Practice of Pipe Stress Analysis" pada 21-23 September depan dengan kos sebanyak RM4770, saya akan di 'bond' untuk hanya 6 bulan bermula 21 Sept-20 Mac 2012. Fewww... nasib baik 6 bulan sahaja. Masuk kali ini sudah 2x saya di 'bond' pertama dulu selama setahun dari oktober 2009 - oktober 2010.
Baiklah, selepas habis tarikh bond itu, tunggu dan lihat langkah saya akan ke mana...





Nota kaki: Perkataan 'menghadiri', mengingatkan saya pada satu ayat seorang teman yg lebih kurang begini, "berapa ramai yang menghadiri kelas tu" heheheh... belum pernah saya jumpa sahabat yang menggunakan p'kataan itu dlm perbualan.. agak skema, ye dia kadang2 skema, tapi saya selalu terhibur dengan sikap dia yang skema dan selalu naif (jgn marah ye...)


Wednesday, August 17, 2011

Lagu kiut...

Saya sangat suka mendengar lagu ini... sangat kiut bila mendengar..kiut..kiut..
Lagu itu ialah lagu nyayian Bruno Mars yang bertajuk Count on Me.
Tidak mahu meletakkan link untuk video klip atau lirik, cuma mahu mengatakan lagu ini sangat kiut.


Thursday, August 4, 2011

Tulisan Sebelum Menampal Gambar Berjalan2

Berjalan-jalan memang seronok, tetapi poket mesti mahu sentiasa berisi walau atas nama berjalan dengan berbajet ciput.

Untuk beberapa minggu sudah, secara sengaja dan ada kebetulannya saya menghabiskan masa dan wang berjalan ke Melaka dan Cameron Highland, dengan hanya berselang minggu sahaja.

Melaka, tujuan sebenar untuk merehatkan badan dan minda yang sangat bercelaru ketika itu. Adalah sangat jarang saya berada dalam keadaan seperti ketika itu. Saya ambil keputusan untuk ke Pulau Pangkor seorang diri pada awalnya, tetapi ada seoarng sahabat yang ingin juga menghabiskan cuti sebelum berpindah ke tempat lain, juga saya ajak. Ajakkan awalnya lebih kepada gurauan.
Oleh kerana kesibukan kerja dan belajar ketika itu, saya ambil keputusan ke Melaka sahaja. Sekali lagi ingin bersendiri sahaja. Tetapi saya masih memberitahu sahabat itu, dan dia mahu mengikut juga. Niat di hati tidak mahu membawa sesiapa, tetapi kerana alasan sahabat ini, lebih kurang begini, "tak elok berjalan seorang, perempuan, macam2 boleh jadi", maka kami pergi bersama.

Tanpa merancang penginapan dan destinasi sebenar di Melaka, kami meneruskan perjalanan berpandu pada GPS.

Cameron Highland, asalnya ada rancangan memanjat gunung irau bersama ahli GGK dan beberapa orang lain, tetapi banyak halangan yang melintang, rancangan itu tertangguh. Saya tidak pernah ke CH, jadi hati untuk ke situ sangat teruja sebenarnya.
Itu yang sebenarnya ada didalam lubuk hati saya, jadi saya sudah berangan2 untuk ke CH dan apa mahu dibuat di CH.
Rancangan awal mahu bersama huziana dan bai ke CH tetapi terpakasa dua beradik itu membatalkan hasrat. Mahu mengajak adik terchenta, dia sangat sibuk, juga dia sudah merancang untuk ke CH minggu hadapannya, mengajak bubui miaw miaw juga tidak dapat, dan akhirnya cuba mengajak sahabat seorang ni, lagi, dan sekali lagi dia menjadi mangsa. Mungkin atas nama kesian, dia bersetuju. Dan, kami ke CH hanya sebagai memenuhi angan saya menjejakkan kaki di Tanah Tinggi itu.

Kepada sahabat2 lain, yang agak musykil kenapa hanya kami berdua ke Melaka dan CH, itu ceritanya, bukan tidak mahu mengajak atau bertanya, tapi memikirkan tidak mahu menyusahkan sesiapa, masa, tenaga dan wang terutamanya. Bukan bermakna saya ada berlebih wang yang banyak tapi kebetulannya, saya mendapat KUTU waktu itu, saya gunakan sikit untuk tujuan itu.

Sahabat yang saya maksudkan tentu ramai yang dah tahu, Nurul. Beb, terima kasih sebab berpenat dan kesiankan saya. Juga menjadi tulip yang memegang GPS untuk ke semua tempat yang kita tuju. Saya tahu kamu letih melayan kerenah dan bebelan saya di dalam kereta, waktu lapar dan waktu marah kerana ketidaksabaran saya. Terima Kasih sekali lagi. Kepada adik terchenta juga terima kasih kerana kamu sangat memahami.

Mengapa saya menulis ini sebelum menampal gambar? saya mahu kawan2 terdekat tahu mengapa kebiasaan sekarang kami berdua. Semua kerana dia kesiankan saya. Saya berhutang kesian daripada cik Nurul.

Baiklah, itu sahaja.

Wednesday, August 3, 2011

Hari Pertama Ramadhan di Kampung

Tiada apa yang boleh menandingi keseronokkan hari pertama berpuasa di kampung, ya, tiada apa. Walau kali ini hanya bersama mak,abang dan adik sahaja semasa berbuka, sudah cukup untuk saya. Kak Long dan keluarga berbuka bersama mertua juga di kampung yang sama, abang ngah sekeluarga pulang lebih awal demi memenuhi keperluan along, si anak sulong. Tapi kami bertiga rasanya memang sudah cukup buatkan hati mak gembira.

Kalau ikutkan saya mahu lama di kampung. Saya mahu duduk rumah diam-diam melayan perut berbunyi kelaparan di rumah.

Semoga di bulan yang suci ini kita akan lebih mendapat keberkatan dan semoga saya juga boleh berubah menjadi seorang manusia yang lebih baik dari hari ke hari.

Selamat berpuasa dan berterawih untuk semua.