Monday, May 16, 2011

Blues Depan TV

Saya menulis didepan tv sebab sy sdg menonton tv tapi dalam kepala saya macam-macam yang saya fikirkan.
Dua tiga hari ni saya merasa super happy sebab ada kawan-kawan disisi. Saya gembira sebab sentiasa ada kawan-kawan untuk menggembirakan saya. Sambut besday bersama dengan riang gembira. Terima kaseh ye kawan-kawan, kawan-kawan opis dan terutama kawan-kawan GGK, GGK's kamu semua amat khas dihati saya. You all resemble so much happiness to me, and will hot glue gun all of you to somewhere next to mine.

Di satu chapter lain, di hari yang mengembirakan saya, ada cerita sedih disebaliknya. Untuk dua orang yang berbeza, saya tau kamu pasti membaca tulisan saya ni sebab kamu mesti nak tau tentang diri dan hati saya cuma cepat atau lambat kamu baca. Untuk kamu orang yang pertama: saya pernah tulis ini kepada kamu,"saya tahu suatu hari nanti kamu akan pergi, waktu itu saya harap saya sudah mampu berdiri kembali. Berjalan,bersenang-senang dengan hati yang tenang-tenang saje" Saya sangat pasti dan positif dengan keputusan kamu. Jangan risau, saya tak apa-apa kerana saya kuat dan belajar untuk kuat tanpa kamu.

Untuk kamu orang yang kedua: Pesanan kamu pada hari yang best pada saya,"awak carilah org lain yg dapat mengembirakan awak, bal bla bla..."..BAIK.. saya ikut kata-kata kamu, sebab ini bukan kali yang pertama. Jadi saya bersedia untuk langkah yang seterusnya. Terima Kasih.

Di chapter hari ini pulak, ada dua cerita baru, satu, setelah lebih setahun diam membatu, ade bunyi sms,sekali,dua kali, tiga kali,empat kali, dan seterusnya sampai saya rasa malas nak membalasnya. Tiba-tiba kenapa kamu Mr. F menjelma semula, macam tau-tau saya kena mencari orang baru, tapi saya rasa tak semudah itu. Tunggulah sms-sms kamu selepas ini, apa yang kamu mahu buat??

Dua, cerita saya yang nak dikenalkan kepada seseorang oleh saudara rapat saya. Ciri-ciri; single,kerje ok,pandai memasak,rupa saya tak tahu,tapi saya kenal juga dengan parent dan adiknya, hahahaha... under consideration... Apa-apa hal pun, jodoh adalah rahsia Allah, tak siapa pun tahu.

Saya gembira dan sedih, sedih yang membuat saya menangis sampai bengkak mata... tapi tak apa sebab saya mendapat kekuatan dari suara ibu saya yang jauh dan dari suara dan ketawa serta pelukan kawan-kawan, Apa lagi yang saya perlukan?. Itu semua dah cukup untuk buatkan saya gembira. Dunia ini huru-hara dan itulah keindahanya. Hidup di dalam dunia yang huru-hara dan melakukan kesilapan-kesilapan yang biasa kita lakukan seperti mencintai orang yang salah itu adalah perkara biasa.Terima kasih juga kepada kawan-kawan GGK yang mengizinkan saya menghuru harakan keadaan mereka dengan membahan mereka, memberi gelaran-gelaran yang mengikut suka hati saya, maafkan saya kalau kamu semua ada terasa,tapi tujuan saya hanya untuk bergembira sahaja.

Banyak perkara akan berlaku dalam hidup kita. Ada cerita gembira,ada juga cerita sedih, kepada 'kamu', "saya anggap ianya pinjaman, macam buku-buku yang dipinjam dari perpustakaan. bila habis dibaca nanti, harus dipulangkan semula. Yang tinggal hanyalah cerita-cerita di setiap bab-bab didalam buku-buku yang telah habis dibaca. Tersemat rapi di dalam kepala saya"

Sekarang saya nak tenang-tenang sahaja.

7 comments:

  1. Semua yang jadi tu ade hikmah nyer... yang hilang pasti ade pengganti nyer... Allah masih belum temukan yang terbaek untuk kita... Insyallah, sampai masa nyer akan datang juga... tapi tak salah kita mencuba kan...

    doa + usaha + tawakal

    Friendship Forever...XOXO

    ReplyDelete
  2. Fadd... btul2 luahan hati... :)

    4 perkara yg Allah dh tetapkan di sana...

    1. Umur
    2. Kematian
    3. Jodoh
    4. Rezeki

    marilah kita berusaha bersama-sama... :)

    ReplyDelete
  3. Selamart kembali mnukilan d blog anda.. setelah lama menyepi.. pesanan dari Teman.. stay with da flow.. Teman pun xtau apa yg Teman nasihatkan pd deme.. sobab byk sgt chapter dlm sinopsis butang hijau berkilau lip lap lip lap..
    anyway, all da best..

    ReplyDelete
  4. bak org kata....susah2 kita ada org yg lagi susah dari kita....senang2 kita ada lg org yg lebih senang dari kita..
    tapi kesusahan atau kesenangan kita itu hanya kita sendiri dan Allah yang tahu...

    oleh itu..mari semua...tet...

    mari kita doakan yg terbaik untuk semua.....

    "saya suka jadi kawan awak dan sayang awak..".

    kak su tahu awak seorang yang sangat tabah...

    SABAR ITU INDAH....(yg selalu awak ckp..)..

    ReplyDelete
  5. cik tulip and kay: ye.. saya tahu dan terima kaseh kerana mengingatkan....
    marilah kite panjat gunung dan bercamping membakar ayam bersama2.. (ade motif ayat aku ni ek??)
    bain: skali skala nk berchapter byk dlm blog... sethn sekali..ahahah
    k su: "marah itu mudah, sabar itu indah"
    mari kite renung-renungkan dan.... selamat beramal... V(",) peace...

    ReplyDelete
  6. weehoooo cik greenbutton kembali :D...x pe fad, sementara ni ko couple dulu dengan Mr Koala tu ye. Dia kan comel :)

    ReplyDelete
  7. kakak burn: tqvm for the gift.. te, die mmg chumel, i loike!! koala kiut tu aku mmg wat teman tito... letak sblh pale aku tuh...hahahahaha [mode: malu tersipu2]

    ReplyDelete