Monday, July 30, 2012

lembU

Ini cerita hari puasa ke-10. Ringkas aje cerita pasal lembu ni... dalam perjalanan balik ke johor sabtu lepas bersama-sama cik adek dan cik red belbet... kami sempat perhatikan betapa banyaknya signboard gambar lembu dan bertulis "hati-hati memandu". Pelik dan tertanya-tanya kenapakah banyak itu signboard di sepanjang perjalanan?ada banyak kes kah sebelum ni yang melibatkan lintasan lembu-lembu di highway ini, yang kami tidak tahu?baru dipasangkah itu s/board, atau saya yang tak pernah perasan?hemmm.... sudahnya kesimpulan dibuat, bagus juga banyak itu s/board, semua pemandu akan lebih berhati2 dan tidak memandu mengikut rasa hati.... yelah, bila ada s/board2 itu... mesti takut kalau2 lembu akan melintas secara tiba-tiba....




DAN...

Alhamdulillah, perjalanan kami selamat pergi dan balik walaupun sebenarnya ada satu ketika itu kami tergamam dan terdiam seribu kata dek kerana terperanjat dengan insiden yang berlaku beberapa kilometer sebelum R&R Seremban. Sekali sekala selepas itu, terfikir semula, kesian dengan pemandu-pemandu dibelakang yang terpaksa berpanas dek kerana nak settlekan kes bumper to bumper crashed...
nasib baik pakai tayar cik cebol (michelin), cengkaman yang kuat dapat mengelakkan si hitam gojes dari mencium pungkoq myVi depan... (errrkkk.... nak promote tayar pulak...)
Tapi... sebenarnya, kuasa Allah yang mengatasi segala-galanya, lembu ke, tayar ke... apepun pastikan jarak selamat dengan kenderaan lain ye...bak kata lembu hitam kat signboard itu "hati-hati memandu" - sila baca dengan nada suara lembu... ekekekeke...


3 comments:

  1. Replies
    1. cehhh.... cuak wooo... takut langgar depan pastu xmo org sondol belakang... tu yg kuor tak nak..tak nak...
      "berhati-hati di jalan raya, ingatlah lembu ada di mana-mana" hahaha

      Delete
  2. langgar lembu bahaya woooo..kemek kete

    ReplyDelete